Entry 2 : Resting Energy Expenditure In Short-Term


Based on previous entry, rasa teruja bercuti dan berehat  yang terdahulu diteruskan untuk kali ini. Perancangan cuti yang tidak di luar jangka, sekali lagi membawa myself ke daerah yang tak jauh dari Pulau Pinang ini.

Sebelum ni, makan Yong Tau Foo yang agak pricey harganya tetapi 5 biji kuih masih dapat dibeli dengan harga RM 1. Begitu juga dengan harga sebungkus Nasi Lemak daun pisang lengkap bersama separuh potongan telur rebus,kacang dan ikan bilis goreng dapat dibeli dengan harga RM 1 kat area pasar basah yang tak jauh dari rumah.

Kali ini dapatlah merasa makan popiah basah yang sedap di Gerai No.25 - Ella Popiah. Banyak tempat makan menarik juga di sini tapi myself bukanlah food hunter yang berjaya pun.. Haha...

Hajat nak berehat-rehat umpama landing di atas hammock masih tidak kesampaian. Banyak masa dihabiskan dengan menonton filem - filem lama melalui saluran berbayar di samping jadi full time housewife. Memandangkan dapur hood dan peti sejuk pun dah ada di rumah... rasa teruja bila memasak sebab dapat beli ikan segar, daging lembu, tulang kambing (mengikut permintaan my beloved once yang nak makan itu, ini...Haha...) dengan harga berpatutan semestinya dari pasar basah. Tapi skill memasak diakui dah ke laut... Haha....

Kali ni dapatlah juga myself ke lokasi penggambaran drama Sayangku Kapten Mukhriz (sedang bersiaran semula kat Tv3). Sambil berjalan, ambil sekali pasir dan kutip kulit siput untuk buat koleksi dalam akuarium ikan. Terfikir juga macam mana gigihnya Mukhriz dan Ariana berulang alik untuk luangkan masa bersama...

Kemudian myself berjalan ke bandar lain yang dimana persiapan SUKMA 2018 (12 hingga 22 September) sedang rancak dilakukan. Banyak tempat lagi yang tidak dikunjungi myself tetapi sekadar tahu lokasi itu ini di mana...

Myself tak sure bila dapat bercuti lagi kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan dengan munasabah, bak kata peribahasa melayu, Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta... Pada yang nak menghubungi myself untuk pertukaran penempatan secara sukarela adalah sangat di alu-alu kan..

Secara jujur myself juga akui, sedang mengalami isu ini....  The time will tell but in the same time myself won't give so easily...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days