Sincerity
Ikhlas Banyak diantara kita menyangka bahawa yang dinamakan keikhlasan itu, hanyalah ada dalam perkara-perkara ibadah semata – semata seperti solat, puasa, zakat, membaca al – Quran , haji dan amal-amal ibadah lain. Namun ketahuilah bahawa keikhlasan juga harus ada dalam amalan – amalan yang lain. Apabila kita senyum, kita harus ikhlas. Ketika kita mengunjungi saudara kita, kita harus ikhlas. Ketika kita meminjamkan sahabat kita barang yang dia perlukan, itu juga harus ikhlas. Adakah kita lakukan itu semua kecuali semata-mata kerana Allah? kita tersenyum kepada dia bukan kerana agar dia berbuat baik kepada kita. Kita juga tidak membantu orang lain kerana takut dikatakan sebagai orang yang kedekut. Tidak wahai saudaraku, jadikanlah semua amal tersebut kerana Allah. Rasulullah bersabda: “Ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kota lain, maka Allah mengutus malaikat didalam perjalanannya, ketika malaikat itu bertemu dengan...