Entry 1 : Resting Energy Expenditure In Short-Term
Based on this entry, setelah berulang alik ke klinik, hospital malah sehingga ke hari ini.. Tahap kesihatan telah beransur - ansur pulih setelah begitu banyak hal yang di sangka - sangka malahan ujian darah yang begitu banyak di buat, di ambil. Di samping menerima berita baik for myself dari level kesihatannya, myself juga berkongsi berita dukacita (one of my office sedang tabah menghadapi pemergian insan tersayangnya... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman).
Tajuk entry kali ini nak gempak memanjang, actually ia bukanlah percutian atau berehat sangat umpama berangan nak landing atas hammock tu. Cuma kunjungan ke daerah atau bandar dengan nama lamanya Klian Pauh.. Ha, kat mana tu? Cubalah cari... This is my 1st time visit to my beloved once home sweet home dan membantunya berkemas - kemas di rumah baru. Myself yang bekerja dah bertahun - tahun ini pun belum mampu nak membeli rumah sendiri sebab myself akui terlalu banyak komitmen lain yang myself kena fokuskan especially faktor kesihatan.
Suasana di sini menyebabkan myself dah mula terfikir - fikir nak berhijrah dan build a new chapter life here setelah bertahun - tahun bersabar dengan kerenah kesibukan bekerja, menetap di bandaraya besar, rushing memanjang tak termasuk dengan bab kerja... bercerita untuk satu entri ini takkan pernah habis...
Mungkin bagi sesetengah orang tak boleh nak stay lelama kat bandar Klian Pauh ni sebab it's not too urban tapi bagi myself, ia sesuatu yang menenangkan. Ikutlah citarasa masing - masing kan... If ada someone yang nak bertukar penempatan suka sama suka dengan myself, do keep in touch with me. Kita cubalah berbincang untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
Untuk bertukar tempat kerja bukanlah semudah yang disangka selain memikirkan faktor kekosongan penempatan di tempat yang kita hendak bertukar. Tetapi berapa lamakah satu pasangan itu boleh bertahan untuk perhubungan jarak jauh kerana selain faktor pengurusan masa perjalanan (public transport),kos ulang alik untuk berjumpa pasangan setiap hujung minggu, pengurusan cuti rehat tahunan juga perlu diutamakan kerana sekiranya tidak diuruskan dengan baik mungkin mendatangkan kesukaran ketika berlakunya kecemasan dan lain - lain di luar jangkaan kita. If myself mention everything's here, pun takkan habis dalam entri ini juga.
P.S : Cinta dan kesetiaan teruji ketika jarak dan waktu yang memisahkan.Dan hanya kepercayaanlah yang mampu mempertahankannya...
Comments
Post a Comment