2 Months & 2 Days
Based on previous entries, tidak banyak yang myself kongsikan akan insiden yang menimpa diri myself. As usual, blog dipenuhi dengan entri quotes, lirik lagu dan entri - entri yang berkaitan. Berbaki 4 hari saja lagi sebelum tahun baru 2017, myself ready to share on what exactly happened during this 2 months and 2 days.
Insiden kesakitan yang berlaku di kawasan pergelangan kaki kanan (myself anggap tidak serius pada mulanya) sehinggalah disahkan oleh doktor yang bertugas di wad kecemasan hospital pada waktu itu di mana berlaku keretakan tulang berdasarkan X.O.A (X-ray on arrival) report. Runtun betul jiwa myself bersama tangisan.
Punca berlakunya keretakan tulang kaki ini menimbulkan pelbagai reaksi semua yang dimaklumkan. Bagaimana, bila , di mana , mengapa and bla bla bla... Padlock solex yang jatuh tertimpa ke atas kaki kanan ini itulah watak utamanya. Tergesa - gesa hendak ke tempat kerja, akhirnya mendatangkan musibah kepada diri tetapi bukan sekelip mata, rasa sakit hanya muncul dalam tempoh 1 - 2 minggu. Untuk tempoh itu, myself sempat menghabiskan masa dengan aktiviti briskwalking, mengurut kaki untuk mengurangkan rasa sakit hanya menjadikan keadaan bertambah buruk.
Di wad kecemasan, kaki kanan dipasangkan backslab cast yang berat. Berlalunya 15 hari, berita yang diterima ketika temujanji di klinik pakar, agak mendukacitakan bila dimaklumkan tiada sebarang progress berlaku pada keretakan tulang yang dialami. Disarankan untuk mengambil antibiotik dan dipasangkan backslab cast yang lebih ringan dengan balutan kemas. Mood swing yang dialami sepanjang tempoh itu berakhir sudah... Emosi dan fizikal myself mulai beransur - ansur stabil.
8 hari kemudian, perkhabaran berita baik diterima di mana berlaku progress percantuman keretakan tulang. Dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak, berehat di samping mengamalkan diet yang sesuai. Backslab cast masih diteruskan.
14 hari kemudian, based on this entry... akhirnya, backslab cast dibuka sepenuhnya, disarankan untuk tidak memijak lantai dengan bebanan berat badan atau tekanan berlebihan dan mempersiapkan diri untuk mengikuti sesi fisioterapi pada tarikh yang ditelah ditetapkan.
Sewaktu sesi fisioterapi, tidak banyak yang myself boleh lakukan kerana ankle sprain, termasuk jari jemari kaki yang sukar untuk digerakkan... Otot kaki juga jadi kendur di samping kulit kaki mati yang tertanggal dalam keadaan basah atau menjadi kering... Itulah kesan pemakaian cast atau P.O.P (plaster of paris).
20 hari kemudian, myself dimaklumkan, percantuman tulang berlaku sepenuhnya dengan kedudukan terletak di tempat asal dan masih bersifat lembut. Disarankan untuk memijak tanpa bebanan berat badan atau tekanan yang keterlaluan bagi membantu pertumbuhan dan pengukuhan tulang. Myself juga diingatkan untuk tidak berlari dan melompat. Meminta pandangan dari yang berkenaan, myself masih tidak boleh memandu kereta.
Perancangan untuk tempoh 32 hari sehingga kembali ke lapangan kerja, myself disarankan untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan crutches, meneruskan set pergerakan yang telah diajarkan semasa mengikuti fisioterapi.
Sepanjang tempoh ini, myself banyak berdating di klinik pakar ortopedik di samping meluangkan masa dengan petugas - petugas hospital yang lain. Tanpa bantuan mereka, sudah tentu myself tidak dapat menyesuaikan diri.
Sepanjang tempoh ini juga, banyak perkara yang membuatkan myself bermuhasabah diri, menjadi lebih peka, explore perkara - perkara lain yang mungkin selama ini myself tidak pernah ambil tahu, memikirkan... ada juga sesetengah perkara yang disukai, menjadi minat myself tidak diendahkan lantaran myself menyedari ia tidak menjadi kepentingan untuk myself lagi. Umpama, reset minda dan jiwa, memperbaiki diri, membezakan antara baik dan buruk.
Through this entry, myself ada kongsikan kisah beberapa orang individu amputee (sebelum itu punya kehidupan normal namun kerana penyakit kanser yang dialami, kehidupan mereka berubah) yang berjaya dalam lapangan karier, minat masing - masing. Kisah mereka boleh dijadikan inspirasi dalam mengharungi hidup kita yang ada pasang dan surutnya. Sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Berterima kasih kepada semua yang sentiasa berada di sisi myself, untuk semua bantuan yang dihulurkan, untuk semua nasihat yang diberikan, untuk semua sokongan yang diberikan, untuk semua doa yang dilafazkan kepada Nya.
Comments
Post a Comment