Chinta Chanduri


Sejak bila pula dah mula rajin nak tengok drama ni... Apa - apa pun, 1st of all, thanks a lot kepada Tv9 kerana menyiarkan semula drama bersiri Chinta and today dah bersiaran sebanyak 5 episod. Melalui drama ini, nama Fasha Sandha meningkat naik, berlakon di samping sahabat baiknya, Faradhiya (manis bertudung dalam drama ini) dan tidak lupa juga kepada Zarynn Min yang sememangnya berbakat besar, cuma sejak akhir - akhir ini kurang sedikit kelibatnya dalam drama - drama tempatan, wataknya sebagai Liza untuk drama Setitis Kasih Darmia yang juga ditayangkan semula di Tv9 termasuk drama Sedetik Cinta. Mungkin sebab myself tidak menonton siaran tv lain ke apa... Waktu siaran di Tv9 , setiap hari Sabtu & Ahad, pukul 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.

Spontan memperkenalkan diri sebagai Chinta Chanduri / Chinta Chandury bersempena dengan nama Rudy, seorang pencari bakat bagi sebuah agensi modelling yang menemukannya dirinya di jalanan. Bermula kisah Chinta meneruskan kehidupannya setelah dirundung malang akan kisah hitam yang berlaku ke atas dirinya. Memang geram betul dengan Abangnya, Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sebab tergamak merosakkan adik sendiri, lagi parah dengan Fakri (Ezany Nizariff) pun hilang kawalan diri juga. Bermulalah transisi baik seorang gadis kepada seorang yang pendendam, menyalahi takdir dan tidak bermoral...

For myself, setiap orang ada kisah hidup masing - masing, usah sesekali judge book by it's cover apabila mengenali seseorang dan ada kisah disebaliknya, mengapa jadi begitu begini... Orang tua - tua kita selalu berkata, tak kenal maka tak cinta... Ada orang zahirnya nampak ceria, gembira tetapi di dalam hati memendam rahsia, ada orang luarannya berduka lara tetapi disebaliknya mungkin ia benar - benar menderita atau cuba untuk meraih simpati, perhatian mahupun berpura - pura... Usah lah kita membuat sebarang spekulasi tanpa mengenali karakter seseorang itu... Yang baik kita jadikan teladan, yang tidak baik kita jadikan sempadan...

Setiap orang juga boleh berubah berdasarkan pilihan kita yang bagaimana, untuk apa, disebabkan apa dan pengakhirannya sama ada yang baik - baik belaka atau disebaliknya, kita terima semuanya dengan hati yang terbuka dan kalau menyesalinya pun, ia sudah pun berlaku dan menjadi sejarah atau masih boleh diperbaiki dengan hati yang tabah...

.:: The best revenge is moving on and getting over it. Don't give someone the satisfaction of watching you suffer.

.:: Weak people revenge. Strong people forgive. Intelligent people ignore.

.:: Don't waste your time on revenge. Those who hurt you will eventually face their own karma.

" Khatimah Cinta by 6th Sense "

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


P/s : Agak - agaknya, bila pula drama bersiri Soffiya ditayangkan semula? Lakonan Tiz Zaqyah pun mantap dalam drama ini.

Comments

Popular posts from this blog

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days