Entry 2 : Sport,Unexpected Love And Friendship


Based on previous entry..

Suatu petang ketika aku sedang bermain bola sepak bersamanya,tiba - tiba dia berhenti dan berdiri memandangku kemudian dia mengucapkan sesuatu yang aku sendiri terdiam selepas itu.Aktiviti kami berdua terhenti terus dan aku terus meminta izin untuk pulang tanpa memberikan respon kepada kata - katanya itu. Pada sebelah malamnya hampir 2 - 3 kali dia menghubungiku tetapi aku maklumkan kepada semua yang berada di rumah,aku tidak mahu diganggu.

Akhirnya hal itu berlalu begitu saja..Dia memahami dan tidak lagi menyebut tentang hal itu.Persahabatan kami berjalan seperti biasa sehinggalah dia ke menara gading di dalam bidang yang diminati dan aku dengan hal aku memandangkan keadaan sikapku yang jauh berbeza dari orang lain kan..Konon nak nampak unik,lain dari yang lain..Ya,aku akui memang selektif di dalam memilih kawan dan lebih serasi mempunyai kawan - kawan lelaki daripada perempuan...Haha,tapi itu pada zaman - zaman tok kaduk dulu, emosional tak bertempat,kecelaruan identiti dan macam - macam kan..

Dia melalui zaman berkasih - kasihan bersama seseorang di sana dan di sinilah segalanya bermula apabila bunga hati di taman larangan itu meminta dia membuat pilihan sama ada meneruskan persahabatan dengan aku yang entah apa - apa atau fokus kepada cinta mekar dihati mereka itu..Ah,aku terus membawa haluan sendiri dan biarlah dia dengan dunianya..buat apa aku hendak kusutkan keadaan dengan situasi yang belum pasti sementelah masing - masing muda mentah,ikut hati lebih dari rasionaliti.

Aku masih ingat lagi bagaimana hayunan kayu hoki terpelanting dibuat aku mungkin kerana berasa geram dengan andaian bunga hati di taman larangan itu yang mengatakan diriku ini jenis manusia apakah yang macam tidak punya masa depan dan tidak fokus dalam apa - apa pun sebab jenis tidak tetap pendirian, sekejap nak bersukan,sekejap nak begitu dan begini..Siapa kata yang aku tidak minat dan tidak ada hati lagi untuk bersukan walaupun aku ada masalah kesihatan dan lain - lain?Buktinya my outfit attire tiap - tiap kali keluar ke kedai atau ke tempat - tempat santai,akan ada yang menegur aku..baru habis senamrobik,jogging atau briskwalking ke? Hehe,macam mana pula dengan Zumba yang menjadi trending sekarang di negara?

Masing - masing menongkah arus kehidupan sehinggalah berhubung semula melalui seorang kawan lama dan melalui telefon kami berkongsi cerita sebelum bertemu dan didapati dia single and available..Puncanya?Ada sesuatu hal yang menjadi tanya di situ kerana kisah percintannya itu boleh digambarkan begitu nostalgia, penuh warna warni indah ala -ala di Korea,Jepun dan New Zealand..Hehe..Faham - faham sendirilah ya.. Sambil berbual,kami berdua rancak bermain bola keranjang di sebuah taman rekreasi. Berakhir dengan kemenangan at my side..Haha,menang bergaya mungkin..Perasan sangat lah tu..

Di luar pengetahuan,kedua ibu kami ada bertemu dan ibunya ada menyampaikan hasrat lamarannya tetapi dengan syarat myself mesti berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana baginya apabila dia pulang dari outstation,off shore..menjadi satu kelegaan buat dirinya,apabila wanita kesayangan menyambut kepulangannya di rumah dengan bla bla bla..He's well educated,hampir kesemua ciri - ciri lelaki idaman setiap wanita ada pada dirinya tetapi why wanita yang bakal menjadi isterinya yang pasti seorang yang well educated too,tidak dibenarkan bekerja dan jadi suri rumah sepenuh masa..Ya,memang dia berkemampuan dengan kerjaya sebagai seorang jurutera di sektor minyak dan gas tetapi...Terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini..

Kesudahannya?Myself dan dia masih kekal berkawan tetapi hubungan itu menjadi hambar kembali dan tidaklah terlalu rapat seperti dulu kerana kekangan kerja dan urusan masing - masing.Adakah dia menemui seorang wanita yang dapat memenuhi permintaannya itu ? The answer is yes but... Kenapa ya? Selebihnya, keep it for ourself.Kini dia telah menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana setelah tertangguh dalam tempoh yang agak lama juga.

P/s : He's still active with his sport activities,recently volunteering and contribute for paralympic games.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days