Entry 1 : Myself,Sport And Someone
Today , Iam sure Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi lokasi final battle on AFF Suzuki Cup 2014 di antara Malaysia dan Thailand sudah mula dipenuhi dengan pengunjung,peminat bola sepak,penyokong bola sepak dan bla bla bla... Myself bukanlah seorang pengulas sukan mahupun berita yang baik.. Hehe,by the way pasti ada yang sudah memulakan perjalanan seawal hari Khamis , Jumaat dan awal pagi ini demi memberikan sokongan,sorakan dan segala macam semangat,caiyok caiyok kepada pasukan kegemaran, pilihan masing - masing..Masih ingat dengan tarikh 31 Disember 2010,di mana Perdana Menteri kita isytihar kan tarikh berkenaan sebagai Cuti Peristiwa atas kemenangan negara kita menjuarai AFF Suzuki Cup 2010. Adakah ia akan berulang lagi? Just wait and see...
Bercerita tentang sukan,suatu ketika dulu ketika myself masih mampu melompat ke sana ke mari macam Sun Wukong Journey To The West dengan lincah dan cerianya tetapi kesemuanya hanya tinggal sejarah dan kenangan..Boleh bersenam tetapi yang light light sahaja di samping rutin diet yang begitu ketat..Tujuan utama bukan hendak menurunkan berat badan atau nampak cantik fizikal di mata orang tetapi atas faktor kesihatan dan sudah tentu berat meningkat menyusut disebabkan kesan - kesan sampingan menjalani rawatan dan sebagainya..
Sukan kegemaran sudah tentu berbasikal,badminton,bola baling,hoki,bola sepak dan futsal...seronok betul rasanya ketika itu kerana selain menyertai dapat juga menambah kenalan,dapat memantapkan social networking tetapi mungkin bertemu seseorang yang mungkin boleh dijadikan sahabat atau lebih dari seorang sahabat..Macam ada sejarah,pengalaman saja?Hehe..Why not,take your time untuk read this entry bersama cerita pendek stail myself..
Aku tak pasti kenapa setiap kali sesi latihan,raptai yang melibatkan acara sukan,kawad ke apa..dia pasti melontarkan kata - kata yang kurang enak didengar bahkan boleh jadi patah semangat dibuatnya tetapi wajah tampan pujaan setiap pelajar perempuan di sekolah itu sering jadi bualan but not for me because I feel nothing dan jika berpeluang,rasa ingin memulangkan paku buah keras sahaja supaya dia jadi bisu sebentar selepas itu tetapi mustahil untuk mendiamkan atlit sukan dan pelajar lelaki tinggi lampai,berkulit sawo matang itu sebab selain suka melontar kata - kata yang kurang enak didengar,petah berbicara dan berilmiah orangnya Kerap sangat mendengarkan dia berbahasa selain bahasa ibunda kita..Menunjuk - nunjuk mungkin?
Sesudah kejadian 2 minggu di padang sekolah itu,ketika dalam perjalanan ke kelas tuisyen..aku ternampak ada seorang budak lelaki dengan motornya di tepi jalan.Segera aku memaklumkan kepada ibuku untuk memberhentikan kereta.Aku menanya kepada budak lelaki itu,apa yang sudah terjadi?Dimaklumkannya motor berkenaan bermasalah dan pastilah dia lambat ke kelas tuisyen.Aku segera menghubungi Abang angkatku yang merupakan seorang mekanik dan dia akan datang segera bersama kawannya untuk uruskan motor yang rosak itu.Kemudian,aku terus mengajaknya menumpang kenderaan yang dipandu ibuku itu. Sebaik saja motornya dialihkan ke suatu tempat yang selamat,kami segera bergegas ke pusat tuisyen walaupun tiba sedikit lewat.
Sesudah kelas tuisyen,kami berdua pulang bersama dan motornya yang meragam sudah pun siap dibaiki dan ada di laman rumahku.Kami berdua tidak banyak berbicara mungkin sebab sikapku yang dingin lebih daripada ais dalam freezer peti sejuk tu dan sebelum dia pulang,tidak henti - henti dia mengucapkan terima kasih kepada aku dan semua kerana membantunya.Kemudian dia menunjukkan isyarat jari kelingking kanannya tanda untuk bersahabat denganku,aku mengangguk setuju.
Sejak kejadian itu,kami berdua bersahabat baik dan berkongsi suka dan duka bersama - sama tetapi aktiviti sukan lebih banyak mengeratkan hubungan kami terutama sekali acara hoki dan bola sepak..tanpa disangka - sangka, anak tunggal kepada seorang seorang guru subjek Sains dan Jurutera JKR ini,ibunya merupakan salah seorang yang kerap menghantar kain ela untuk dijahit baju kurung oleh ibuku..Barulah kami tahu,bukan sahaja kami berdua yang bersahabat tetapi kedua ibu kami juga turut bersahabat.
.:: To be continued...
Comments
Post a Comment