Because Of Youngster
Tiada perancangan untuk menonton wayang setelah hampir 2 tahun lebih kita berada dalam norma baru dengan menempuh cabaran pandemik menuju endemik... My beloved once beriya-iya mengajak Myself untuk menemaninya... Memilih untuk menonton filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan Myself pun mula mengimbas kembali filem pertamanya ini iaitu Dr Strange .. akan keangkuhan Dr Stephen Strange, perangai dia tu... boleh tahan annoying juga.. walaupun dah ditimpa kecelakaan akibat kemalangan jalan raya tetapi akhirnya dia berjaya mengawal dirinya dan menjadi salah seorang superhero penting especially dalam Avengers : Infinity War dan Avengers : Endgame.
Untuk filem kedua ini, Dr Strange perlu menghulurkan bantuan kepada seorang gadis bernama America Chavez yang sedang diburu oleh kerana memiliki kuasa merentas multiverse. Disebabkan kuasa tersebut juga, Wanda Maximoff / Scarlet Witch juga berusaha sedaya upaya untuk memilikinya kerana satu alasan yang sangat-sangat penting,iaitu kehidupan bahagia berkeluarga dan mempunyai anak.
Dr Strange sedar dia tersilap langkah apabila berjumpa dengan Wanda untuk meminta bantuan dalam menyelesaikan masalah America Chavez. Bermulalah masalah,kacau bilau antara mereka sehingga akhirnya Wanda menyerah kalah dan menerima hakikat. Wanda sedar, no point nak menyalahkan Dr Strange and buatlah macam mana pun... Vision takkan hidup semula,anak-anak memang tidak akan wujud.
For myself, jalan cerita sangat mudah difahami dan takda keperluan pun untuk menonton drama bersiri Wanda Vision. Tapi, kalau nak tengok pun, takda salahnya... hehe...
Comments
Post a Comment