Unexpectedly Across The Time

Well, banyak drama yang myself dah tonton melalui Netflix. Pelbagai genre, negara and bla bla bla...  So,based on previous entries, myself share sedikit info on drama berbahasa turki ini. Drama ini bersiaran sebanyak 8 episod untuk musim pertama, maka memang menjadi pilihan myself untuk menontonnya.

Myself quite excited bila tengok scene lagu Oops I Did It Again (Britney Spears) dengan sentuhan berbeza, dinyanyikan bersahaja oleh Esra/Peride (Lakonan : Hazal Kaya) dalam drama Midnight at the Pera Palace ni. 

Drama ni banyak scene merentas masa antara Esra dan Ahmet (manager hotel), jangan pening pulak and just enjoy jalan ceritanya dengan hal-hal yang tidak disangka-sangka termasuk berteka teki siapa yang bunuh Peride, siapa Sonia yang bekerja sebagai hotel housekeeping tu, siapa pulak yang mengubah sejarah dan menyelamatkan Mustafa Kemal Atartuk.....

Tidak diketahui bilakah siri drama ini akan bersambung ke musim kedua,tetapi untuk episod terakhir musim pertama drama ini,Esra kembali ke tahun di mana dia dilahirkan.Mungkin akhirnya Esra akan mengetahui akan sejarah hidupnya yang sebenar setelah merentas masa ke tahun tersebut. 

Ingatkan Hotel Pera Palace ni sekadar fantasi tetapi hotel ini antara yang tersohor dan bersejarah di Turki.


Esra dan Ahmet 

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days