Ramadan 2022
Hari ini genap 9 hari umat Islam di Malaysia menunaikan rukun islam ke-3,mengerjakan ibadah puasa dalam wabak yang masih belum menunjukkan pengakhirannya. Lagi pula, WHO masih diperingkat perbincangan untuk isytihar secara rasmi.
For myself,ibadah berpuasa kali ini tidak jauh berbeza dari 2 tahun sebelumnya kerana sebelum ini myself bekerja seperti biasa tanpa penggiliran.Kalau ada penggiliran pun,ia tidak berlangsung lama kerana terdapat banyak isu dalaman yang dibangkitkan.Jadi,untuk menyelesaikan kemelut itu,lebih baik myself bekerja seperti biasa.Ada masa myself dapat pulang awal,ada masanya tidak.Apa-apa pun myself menerima situasi ini dengan berlapang dada. Selain itu, aktiviti riadah yang dahulunya menjadi kebiasaan namun kini tidak lagi sejak bertukar ke tempat bertugas yang baru.
Bazar ramadan sesekali dikunjungi namun myself lebih gemar memilih untuk tidak bersesak-sesak dengan datang awal atau mengunjungi mana-mana gerai/restoran/tapak jualan berhampiran kerana myself tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama di jalan raya yang sudah pasti sesak.
Untuk tahun ini, myself dapati ramai yang begitu teruja ke bazar ramadan,jualan karnival mahu pun pusat membeli belah...setelah 2 tahun di mana masing-masing kebanyakannya mood ke laut kerana aktiviti menziarah yang diterhadkan dan macam-macam lagi. Other than that, buffet ramadan juga kembali rancak termasuk aktiviti solat tarawih dan moreh di masjid.
Di kesempatan ini, myself ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan solat tarawih di bulan ramadan dan walau apa jua terjadi, kita harus banyak berlapang dada dan bermuhasabah diri.
Comments
Post a Comment