Entry 1 : Mac - May 2020
Based on my previous entry,semuanya berlalu dengan pantas.1st day melapor diri ke tempat baru, kedatangan myself dan penerimaan yang lain-lain begitu hambar sekali.Sememangnya tidak meletakkan apa-apa harapan,aura positif pun tak terserlah langsung.Tidak diketahui,work culture sebenar di sini bagaimana tetapi Myself cuba untuk berlapang dada.
Keesokan harinya,seluruh pelusuk negara dikenakan perintah kawalan pergerakan.Tidak menjangkakan ia akan terjadi dalam tempoh ini tetapi myself cuba hadapi situasi ini dengan sebaik mungkin. Disebabkan situasi ini juga,Myself belajar membeli belah di dalam talian,menempah makanan melalui sosial media dan sikit demi sikit,perubahan emosi juga turut berlaku.Barang-barang dirumah sewa pula tidak dapat dikemas dan terpaksa ditinggalkan begitu sahaja.
Myself tidaklah melalui situasi ini keseorangan kerana urusan perpindahan Myself disertai oleh My dad and semestinya My beloved once.Setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa,My dad akhirnya dapat pulang ke kampung halaman seminggu sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa.
Awal Mei 2020,
Myself kembali semula bekerja dan mengemas barang-barang di rumah sewa sedikit demi sedikit sehingga selesai.Myself masih mencari rentak untuk menyesuaikan diri walaupun aura negatif itu mengatasi segala-galanya.Jujurnya,ketika ini pelbagai perasaan timbul dalam diri myself dan sememangnya ada isu di mana adakah keputusan untuk berpindah ini betul atau tidak.
Dalam bergelut dengan macam-macam situasi terutamanya di tempat kerja baru,ada kelapangan... myself cuba untuk explore bandar baru ini.Di manakah tempat riadah yang selesa,tempat makan yang sedap dan lain-lain lagi.Namun,ia tidak seperti yang diviralkan.Ada yang ok,ada yang tidak.Apa-apa pun bergantung kepada citarasa masing-masing.
My personal suggestion list of F&B places to give a try :
1.Mee Kari EJ
2.Chef Uni @ Brewster
3.Pâtisserie BoutiQue
4.Pakcik Wong
5.Family Bakery
6.Harold's Bread
7.être Patisserie
8.Little Allegra Bakery
9.De Bois Cafe
10.Wharong Cafe
11.STG Restaurants
12.The Story Juice Bar
13.Jln Theatre Coffee
14.Drinka Coffee Bar
Other references :
1.FB : Seladang Perak
2.FB : Viral Perak
Comments
Post a Comment