Judging Is For The Weak,Understanding Is For The Strong

Back to current situation and talking about the past, Myself akan buat posting berselang seli.Tiada yang janggal di situ pun sebab movies,drama dah biasa begitu kan...Hehehe...

As usual,kita menyambut hari wanita sedunia setiap tahun dan Myself mengambil kesempatan untuk menonton drama bersiri dari Singapura menerusi Netflix,Last Madame.

Watak utama,Fung Lan dilakonkan oleh aktres Joanne Peh (antara aktres popular kat Singapura) yang mempunyai kisah silam yang sedaya upaya disimpan rapi disamping menjadi seorang Madame yang disegani pada waktu itu.

Kedatangan cicitnya,Chi Ling (lakonan Fiona Fussi) dari Hong Kong ke Singapura di mana dia yang mewarisi peninggalan moyangnya ini walaupun pada mulanya tidak berminat untuk mengekalkannya namun segalanya berubah apabila kehadiran Guo Wen (lakonan Ky Tan) yang banyak membantunya dalam membongkar rahsia moyangnya.Tanpa disedari cinta juga berputik di antara Chi Ling dengan Guo Wen di mana cinta seharusnya mempunyai perasaan yang jujur dan tidak boleh dipaksa-paksa kerana di penghujung drama ini,Chi Ling mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pertunangan dan perancangannya untuk berkahwin dengan Harry.

Don't judge people berdasarkan luarannya sahaja.Sememangnya Fung Lan mempunyai semangat yang kuat sebagai seorang wanita dalam memperjuangkan segalanya termasuk perniagaannya,anak buahnya walaupun dihimpit kisah silam yang gelap dan mengorbankan cintanya terhadap Inspektor Mak (lakonan Jeff Chou).

Drama bersiri sebanyak 12 episod ini,tidak mempunyai durasi yang panjang untuk setiap episod dan jalan cerita yang mudah difahami walaupun berselang seli dengan masa lalu dan semasa.Mungkin agak terganggu di situ tetapi semuanya berkaitan.

P/s : Bagaimana Myself boleh terjebak dengan Netflix?Akan datang,Myself akan share posting drama turki,Midnight at the Pera Palace.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days