Yesterday & 12 Years Ago
Based on this entry, yang mengenali myself pasti sedia maklum akan lapangan kerja yang myself ceburi.
" Semalam, sudah genap 12 tahun saya bertugas di jabatan yang sama... Jadi, itulah salah satu sebabnya, saya ada buat permohonan pertukaran... "
Pegawai - pegawai yang mendengar dan berada di situ hanya mampu menarik nafas perlahan ketika sesi semakan buku perkhidmatan yang diadakan sekali setahun. Pada pandangan mereka,mungkin ia terlalu lama bagi seseorang yang berkhidmat dan mengulang rutin kerja yang sama setiap hari di satu jabatan yang sama dalam tempoh itu. Wajarlah diberikan pertimbangan untuk urusan berkenaan.
Jadi, setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Myself tidak mengambil masa lama untuk menyemak lebaran buku perkhidmatan myself yang sudah pun berjumlah 4 buku setakat ini. Tidak ada yang hendak ditambahbaik cuma ada nota kecil di situ yang menyarankan myself untuk menyimpan gantian cuti rehat... Hehe... Myself tidak dapat berbuat demikian kerana perlukan jumlah cuti rehat yang cukup untuk banyak urusan termasuklah urusan peribadi.
Awal bulan ini, sebenarnya Myself ada menerima panggilan untuk ditawarkan bertukar namun Myself terpaksa menolak kerana lokasi yang ditawarkan itu tersasar jauh dari yang Myself minta. Myself ucapkan terima kasih kepada yang berkenaan dan di atas pertimbangannya juga. Myself tidak boleh membuat keputusan terburu-buru kerana hasrat untuk settle down ini melibatkan banyak perkara.
Insya Allah, sampai waktu... pasti Myself ditawarkan untuk bertukar mengikut permohonan yang telah dikemukakan.
Comments
Post a Comment