Entry 3 : Resting Energy Expenditure In Short-Term


Bulan September 2018 memang dinantikan semua orang dan boleh dikenangkan.Bagi yang teruja, perancangan telah pun di buat pada tahun lalu atau awal tahun ini, sebab ada yang nak bertunang, bernikah, bercuti atau apa jua plan pun... Ada juga yang last minute plan sampai ada yang cuti kecemasan, m.c... dan Myself tidak terkecuali... Haha...

In this month, ada 2 cuti hari kelepasan am yang diberikan tambahan di peringkat Persekutuan dan tertakluk kepada negeri (Kedah,Terengganu,Johor dan Kelantan, cuti hari Jumaat & Sabtu) iaitu Hari Keputeraan Agong (9 September - Ahad), Hari Jadi YDP Sarawak (9 September), Awal Muharam (11 September) dan Hari Malaysia (16 September - Ahad). Automatically, 2 cuti ini akan di carry forward kepada hari Isnin kecuali untuk 4 negeri yang diyatakan tadi. Tapi, depends juga pada syarikat atau kerajaan negeri nak tentukan untuk yang bekerja juga pada hari Ahad tu, bayaran gaji macam mana, bagi cuti ke apa...

Pada mulanya memang permohonan cuti rehat myself tak dapat dipertimbangkan tapi akhirnya diluluskan juga... Myself berterima kasih pada yang berkenaan. Actually, dah banyak kali discuss dengan my beloved once tapi takda final decision dan kebiasaannya semuanya akan jadi last minute.. Harap dapat dielakkan dan tak berulang lagi selepas ni... Kita tak boleh pentingkan diri, kena pertimbangkan keadaan di tempat kerja dan macam - macam lagi...

Kawan sepejabat myself pun terkandas hampir 7 - 8 jam ++ dalam bas. Dari Terminal TBS pukul 4.30 petang pada hari Jumaat, hanya sampai kat kampung halamannya sekitar jam 12 tengah malam. Betul - betul menguji kesabaran katanya...

Agak gempar juga bila media melaporkan... jalan nak ke Cameron Highlands tu sesak sehinggalah tak dapat check in hotel dan bermalam dalam kereta. At the same time, ramai nak hadirkan diri untuk SUKMA 2018. Walaupun ada yang exit lebuhraya, gunakan jalan biasa tetap tidak mengurangkan kesesakan yang berlaku. Tempoh perjalanan yang biasa mengambil 3 jam ++ jadi 6 jam ++ ...  Sesekali berhenti, menyinggah sebab nak berehat, perut yang lapar kena diisi juga...

This time, myself tengok 3 movies di 2 tempat berbeza dan hari yang berbeza. Ternyata TGV dan MBO ada kelebihannya especially tempat duduk yang selesa. Sorry to GSC, kena improve about viewer seatings ni... 1st movie, myself tengok The Equalizer 2. Watak Robert McCall digalas cemerlang oleh Denzel Washington. This time, sedikit kisah peribadi Robert McCall dikongsikan dan kali ini Robert McCall harus menentang kawan-kawan sendiri yang menjadi musuh dalam selimut dalam suasana ribut di selang seli dengan kisah Robert McCall membantu dan memotivasikan orang - orang yang memerlukan bantuan.

2nd movie, Munafik 2 yang telah pun mencatat kutipan berjuta-juta mengatasi filem Hantu Kak Limah. Banyak pengajaran untuk sekuel kali ini. Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam sememangnya di tuntut untuk mentaati perintah agama dan berusaha untuk memperbaiki diri dari awal sehingga ke akhir hayat kita. Semoga kita semua terus beristiqamah dan bermuhasabah diri.

3rd movie, The Nun. Actually watak Valak ni dah muncul secara selingan dalam The Conjuring 2 dan Annabelle : Creation. So, this time watak Valak dikembangkan dengan asal usul kewujudannya. Filem ni tidaklah begitu menyeramkan.. Namun tetap mengejutkan sebab ada viewer yang terjerit dan terperanjat juga. Bagi yang tak biasa tengok cerita seram tapi nak tengok jugak.. tutuplah telinga atau mulut tu kalau sound effect dah mula menyeramkan dan semacam... Haha... At the same time, jangan lupa istighfar dalam hati... Seriously, orang yang dah biasa tengok pun kadang - kadang lepas tengok tu akan rasa tak selesa... Kat rumah malam biasa tidur bergelap tetiba buka lampu..

Aktiviti berjalan - jalan cuma ke Design Village Premium Outlet, takda shopping sangat pun. Dapatlah tengok juga tapak pembinaan IKEA (3rd branch) yang akan dibuka pada 28 Mac 2019 dan melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang).

.:: Terkini : IKEA Batu Kawan dibuka pada 14 Mac 2019.

Bagaimana perancangan untuk bertukar penempatan kerja? Masih belum ada keputusan kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan tetapi kalau ada peluang untuk bertukar suka sama suka, pasti myself tidak menolak dan bersedia untuk buka buku baru di tempat baru.



Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days