11 Years Ago
Melalui petikan IG Hanis Zalikha : Sebut yang baik kerana kata-kata kita adalah doa yang melantun..
" Harga atau nilai kesihatan, tidak diketahui kecuali orang - orang yang sakit. "
Ini kerana kesihatan yang hilang belum tentu boleh direbut kembali dengan ubat - ubatan yang mampu dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Dalam mengejar impian kehidupan gaya moden yang penuh kemewahan, ramai yang terlupa bahawa kesihatan yang sempurna merupakan suatu kekayaan.
Semoga, sampai masanya myself kembali sihat seperti dahulu, cergas, ceria, urusan seharian jadi mudah, pergerakan diri jadi lancar, menjadi individu yang lebih positif, bersemangat...
Terima kasih tidak terhingga myself ucapkan kepada yang mereka yang menghormati tugas, pekerjaan myself ini... bertanya secara berhemah dan memahami skop dan prosedur kerja... tetapi kepada mereka yang sentiasa menuding jari mencari kesalahan, tidak mahu belajar untuk menghormati apatah lagi memahami, myself maafkan tetapi kesannya sangat mendalam buat myself dan rakan - rakan sejawatan yang lain...
Proses kerja, kuasa, membuat keputusan bukanlah 100 % tugas myself dan rakan - rakan sejawatan yang lain.. tetapi ia juga melibatkan tugas kepada mereka yang telah dipertanggungjawab untuk melakukannya. Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab dan memberi kerjasama.. Myself maafkan kepada mereka yang mengelak atau menolak dan meminta menjawab bagi pihak mereka...
Semoga ada perubahan dan penambahbaikan sama ada di pihak yang berurusan dengan yang menguruskan... Apa pun jua alasan di pihak mana - mana sekali pun, kita harus bekerjasama demi kebaikan semua... Apa yang berlaku ini, ada hikmah disebaliknya.
Hadapi dengan senyumanSemua yang terjadi biar terjadiHadapi dengan tenang jiwaSemua kan baik-baik saja
Bila ketetapan TuhanSudah ditetapkan, tetaplah sudahTak ada yang bisa merubahDan takkan bisa berubah
Relakanlah saja iniBahwa semua yang terbaikTerbaik untuk kita semuaMenyerahlah untuk menang
Comments
Post a Comment