Hari Raya 2018


Mengakui agak bergelut pada minggu pertama berpuasa dan ia dapat di atasi pada minggu - minggu berikutnya sehinggalah menyambut Syawal. Mudah - mudahan ia dapat dikekalkan pada masa akan mendatang sebab nak kena menggantikan puasa.

Atas persetujuan bersama, myself dan my beloved once memilih tidak beraya di sebelah keluarga myself atau keluarganya, kami berdua meraikan Syawal secara sederhana di bandar myself mencari rezeki hampir 10 tahun lebih ini. Untuk tahun - tahun mendatang, apa pula perancangannya? Myself serahkan kepada yang Maha Esa yang berkuasa dalam menentukan segala - galanya.

Seperti kebiasaannya, myself bertugas sehingga sehari sebelum syawal dan kembali bertugas semula pada hari raya ke - 4. Myself mengambil keputusan untuk menggantikan puasa kerana kebanyakan kafeteria masih di tutup begitu juga dengan tempat makan yang lain.

Keadaan kesihatan yang kurang baik sejak proses penyembuhan keretakan tulang kaki hingga ke hari ini, sangat membawa kesan kepada myself termasuk pertambahan berat badan yang terkini. Hanya kurang lebih 10 kg nak cecah ke berat badan lama... Haha... Tidak dinafikan ada baju - baju yang sudah di alter sebelum ini, kurang selesa di pakai... Tidak teringin kah untuk balik ke berat badan yang paling ringan dalam sepanjang hayat hidup? Haha...

Myself tidak meletakkan sasaran utama ke arah menurunkan berat badan sebaliknya lebih fokus untuk menstabilkan tahap kesihatan terlebih dahulu dan menstruktur semula pelan pemakanan harian supaya lebih bertenaga dan dapat briskwalking setiap hari tanpa gagal dan berkilo - kilometer jauhnya... Tinggi betul azam tu tapi tiada yang mustahil bukan...

For those yang mengenali myself, selamat hari raya... maaf zahir batin buat semua..

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days