Rest Day Always Feels Like An Eternity
Dah hampir penghujung bulan Mei, barulah myself nak publish entri based on last month entry. This month, adalah beberapa hari cuti kelepasan am termasuk Hari Pekerja (1 Mei) dan Hari Wesak (29 Mei) yang sedikit sebanyak membantu menjimatkan pengambilan cuti rehat tahunan termasuklah myself.
Untuk kali ke - 3, myself ke bandar yang dahulunya dinamakan Alang atau Arang kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran. Ada juga yang mengusik nakal, kenapa tak ke tempat lain untuk meraikan sambutan hari lahir bersama my beloved once... Bagi myself, ke sana jauh lebih mudah, menjimatkan masa dan jaminan penginapan yang selesa.
Takda candle light dinner mahupun makan kek seperti kebiasaannya. Masa dihabiskan untuk berehat, berjalan - jalan menikmati pemandangan. For those yang suka makan seafood yang dibakar, bolehlah berkunjung ke Medan Selera Ikan Bakar Port Dickson. My beloved once, terima kasih yang tidak terhingga untuk kejutan ini.
Disebabkan keadaan kesihatan myself kurang memuaskan sesudah menghabiskan masa singkat untuk sambutan hari lahir dan diberikan cuti sakit, my beloved once ajak balik ke bandar bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina.
Tidak dinafikan memang myself berasa rileks kat sana. Cuaca pun tidaklah panas sangat. Lupa nak berkongsi dalam entri - entri sebelum ini, myself ada ke Spritzer Eco Park tapi hanya untuk membeli bekalan air mineral dan harganya lebih rendah dari yang dijual di pasaran. Maybe next time, barulah myself berjalan - jalan kat kawasan Spritzer Eco Park.
Beberapa hari berehat di sana, kembali bekerja semula dan myself dapat berehat lagi dengan cuti kelepasan am tambahan bersempena dengan PRU - 14 di negara kita. Keputusan PRU - 14 kali ini sememangnya telah mengubah sejarah pentadbiran negara. Rakyat Malaysia telah bersuara dan memilih. Semoga urusan pentadbiran negara yang baru ini dipermudahkan.
Awal ramadan juga myself sambut dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan, diberikan cuti sakit beberapa hari dan struggle nak menjalani ibadah puasa pada mulanya. Setelah mengambil beberapa jenis ubatan yang sesuai, Syukur Alhamdulilah, akhirnya myself dapat meneruskan ibadah puasa sehingga ke hari ini. Inilah keberkatan di bulan ramadan, puasa dapat merawat diri secara menyeluruh termasuk fizikal, mental dan emosi serta penyakit.
Myself akui, cara pemakanan myself tidak sama seperti orang lain yang masih mampu nak menikmati pelbagai juadah di bulan ramadan. Myself memilih untuk memasak juadah ringkas untuk berbuka dan bersahur (kebiasaannya myself makan oat bersama kurma, telur rebus..)
Kalau ke bazar ramadan pun hanya membeli juadah tertentu dan sesuai saja seperti sup, air kelapa (tidak ada ais mahupun tambahan gula), tidak pedas, berminyak, berempah seperti gulai kari, masakan berhalia / berbawang, makanan bercuka, terlalu manis, masam, masin dan sejuk.
Malah myself memang menolak minuman berkafien walaupun hot green tea latte with whipped cream Starbuck percuma apatah lagi minuman bercoklat.. Hehe...
Siapa yang pandai buat popia basah, bolehlah contact myself tetapi popia basah yang suka di makan adalah yang tidak disapu dengan kuah cili. Hanya balutan kulit popia dan inti sahaja. Terima kasih kepada adik yang berniaga Popia S.S Ali yang myself kenal sejak di pasar tani hampir 5 - 6 tahun dan memahami keadaan myself terutamanya di bulan ramadan. Sesekali myself makan juga, pengat pisang, puding karamel dan kuih muih yang lain.
Buat semua, selamat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat sunat terawih. Memetik kata-kata dari blogger terkenal Aziekitchen : Saya memang tak mahu menghabiskan masa yang banyak di dapur di bulan Ramadhan kerana kita perlu memperbanyakkan amalan soleh seperti mengaji dan juga berzikir. Haa jadi para isteri dan ibu, jangan lepaskan peluang untuk menambah amalan di bulan puasa yang semuanya digandakan.
P/s : Baju raya tema tahun ini warna apa ya?
Comments
Post a Comment