End Of Year 2017
Tahun lepas, menerusi ruangan Merrepak setiap hari Ahad di akhbar Mingguan Malaysia, Johardy Ibrahim menyenaraikan antara 10 perkara yang boleh menjadikan bulan Disember antara bulan terbaik sepanjang tahun termasuklah pergi bercuti, jualan murah kesemua barangan bersempena sambutan perayaan Krismas, persiapan untuk sesi persekolahan 2016 and bla bla bla...
For myself, ini antara insiden yang berlaku sepanjang 2017 :
1. Kembali bertugas bermula akhir Januari 2017 setelah bercuti sakit panjang akibat berlaku keretakan (yang sebenarnya patah) di pergelangan kaki kanan. Myself memulakan kerja - kerja hakiki sejak April 2017.
2. Tahun ini, myself banyak menonton filem melalui atas talian dan DVD dan sesekali menonton di pawagam. Senarainya :
- John Wick : Chapter 2
- Logan
- The Fate of the Furious
- Wonder Woman
- Transformers: The Last Knight
- Baby Driver
- Atomic Blonde
- Annabelle: Creation
- IT
- Personal Shopper
- The Mummy
- The Assignment
- Kingsman: The Golden Circle
- Victoria & Abdul
- Jumanji: Welcome to the Jungle
4. Aktiviti briskwalking pada tahun 2017 tidak serancak tahun 2016 disebabkan myself masih dalam proses pemulihan diri dari aspek fizikal, mental dan emosi.
5. Perhubungan jarak jauh (PJJ) masih diteruskan walaupun status myself dan my beloved once telah berubah kepada ikatan yang sah. Alhamdulilah. Pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman ini kerana myself tidak pernah berkongsi apa - apa mengenai persiapan untuk hari bahagia ini. Doakan yang terbaik buat kami berdua ya.
6. Pada minggu terakhir Disember 2017, myself mulai jatuh sakit. Doktor mengesyaki myself menghidap demam denggi kerana ada beberapa simptom seperti sakit tulang, otot, sendi tetapi suhu badan tidak menunjukkan peningkatan dan keputusan ujian darah (denggi) menunjukkan negatif. Namun berlaku penurunan pada platelet darah dan hemoglobin. Bermulalah episod ulang alik ke klinik kesihatan untuk pengambilan darah.
Comments
Post a Comment