17 Days Ago

Selama ini, setiap bulan hanya ada 1 entri saja. But, for this month, aha.. there is 2nd entry. Memandangkan cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi, ramai yang sudah membuat persiapan, survey sana sini termasuklah kat Booking.com, Traveloka, Trivago, Agoda, MyFave and bla bla bla...

Kawasan paling dekat untuk bercuti berhampiran Melaka, Kuala Lumpur, Selangor sudah tentu Port Dickson, Negeri Sembilan. Semestinya pilihan yang popular antaranya Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Grand Lexis, Lexis Hibiscus dan banyak lagi...

Mungkin ada yang tidak percaya, sesiapa saja kini boleh menginap di water chalet dalam kawasan Lexis Port Dickson pada harga yang sangat berpatutan.

Tetapi ini bukan water chalet yang ada private pool / kolam renang macam kat Grand Lexis, Lexis Hibiscus.

Ini bukan entri berbayar tetapi, info ini diperolehi ketika membaca review melalui Agoda.


I admit, timbul keraguan juga pada mulanya kerana betul ke private water chalet ini dalam kawasan Lexis Port Dickson? Setelah menyemak info lain melalui FB dan laman webnya, it was positive 100%. Unit - unit private water chalet ini berkedudukan sama dengan unit - unit water chalet di bawah pengurusan Lexis Port Dickson Group.


Maka, tidak seharusnya pelik sekiranya duduk di water chalet yang sama reka bentuknya cuma apa membezakan hanya interior design dalam setiap water chalet itu. The choice is yours. For those yang interested, boleh hubungi Mr.Sean, the owner of these awesome private water chalets.




P/s : Thank you so much to my beloved once for everything and always remind me to share about this.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days