16 Days Ago


Menyepi untuk tempoh yang agak lama bagi memberi fokus kepada sesi fisioterapi dan urusan - urusan lain, myself akui tidak banyak entri terbaru untuk blog ini selain berkongsi detik - detik pahit masam manis kelat dan sewaktu dengannya.

Terima kasih kepada semua yang sangat - sangat membantu dalam proses pemulihan ini sehingga sesi yang terakhir dan bersabar tingkahlaku myself yang emosinya naik turun.

Hari ini, sambil - sambil menghirup udara segar di waktu pagi, beraktiviti fizikal dengan sky stepper, rowing machine dan alat - alat senaman yang lain sesudah aktiviti briskwalking, kedengaran pengumuman dan berlangsungnya program Mega Wedding 3.0. Majlis akad nikah berlokasikan di Masjid Putra. Program ini adalah perkahwinan beramai-ramai paling eksklusif di Malaysia.

Myself kini selesa meneruskan aktiviti riadah di kawasan tasik berhampiran Masjid Putra yang terkenal dengan keindahan seni bina Islam dan kawasan ini juga menjadi tumpuan bagi mereka yang aktif dengan sukan perahu naga dan laluan bagi aktiviti pelancongan.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days