#BulanBahasaKebangsaan


Berhati walang (Hati yang sedih, berduka), biarlah lompang hatiku ini (biarlah kosong jiwa), bagaikan melukut di tepi gantang, tika punah mimpi - mimpimu (hasrat yang tidak kesampaian atau musnah)... Kalau nak diteruskan lagi, memang tidak cukup untuk entri ini. Tidak dinafikan bahasa kebangsaan kita, bahasa melayu ada meminjam perkataan - perkataan dari bahasa Arab, Sanskrit dan banyak lagi.

Berapa banyak edisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) diterbitkan, sentiasa dikemaskini demi kelangsungan memperkasakan bahasa melayu kita. Pengkarya seperti penulis novel, skrip drama mahupun penulis lirik lagu, bersungguh - sungguh memperkayakan hasil nukilan mereka, biar maksudnya sampai seiring dengan keindahan bahasa melayu kita dan ada kualitinya.

Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Komposer : Jari Idris
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Juara Keseluruhan AJL 10 (1995)
Juara Kategori Balada
Persembahan Terbaik 

Sendiri dalam 
Sepi malam ke pagi 
Mencari jawapan 
Berputar-putar 
Soalan bertemu soalan 

Penawar yang ku beri kiranya racun 
Sebagai balasan 
Hilangkah budi oleh kejahilan 

Ku persembah intan dan permata 
Tapi bagimu kaca tak berharga 
Demikian berbezanya penilaian kita 

Kelopak berseri di tanganmu berderaian layu 
Lalu... Ku kutip semula sisa cinta 
Dan beralih arah Pada Yang Esa 

Walau diri hina tak berharga tetap diterima 
Kelopak kelayuan dipulihkan 
Akhirnya kembali 
Keyakinan pada diri 

Bridge

Ku persembah intan dan permata 
Tapi bagimu kaca tak berharga 
Demikian berbezanya penilaian kita 

Kelopak berseri di tanganmu berderaian layu 
Lalu... Ku kutip semula sisa cinta 
Dan beralih arah Pada Yang Esa 

Walau diri hina tak berharga tetap diterima 
Kelopak kelayuan dipulihkan 
Akhirnya kembali keyakinan pada diri...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days