Art Is The Proper Task Of Life
Once myself melihat deretan novel yang terletak di atas meja, myself hanya tertarik untuk membaca sinopsis di belakang kulit novel... After drama adaptasi novel seperti Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Bomba I Love You, Suri Hati Mr Pilot and bla bla bla... Same storyboard, same theme that makes me feel 'something'... It doesn't mean that I don't support to our local entertainment industry include our local novelist...
Industri hiburan selain berperanan untuk mendidik masyarakat, memberikan persepsi positif dari pelbagai aspek selain meraih keuntungan itu sudah pasti. Tiada siapa yang ingin rugi dalam setiap pembikinan produk yang menelan belanja, pelaburan yang dibuat begitu banyak.... Maka, nilai seni dan kualiti mungkin berkurangan... Tetapi, mereka membikin juga kerana masyarakat lebih cenderung menyukai bentuk hiburan yang ringan, kisah kehidupan seharian yang berlaku di sekeliling, kisah cinta tidak kesampaian, tangisan sedu sedan, mahupun yang tidak menyerabutkan kepala, berfikir itu ini and bla bla bla...
Namun, seiring dengan peredaran zaman, umum juga sudah pandai menilai itu dan ini, menjadi pengkritik tidak rasmi sama ada dalam bentuk positif atau negatif.... Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikatnya...
Rambut sama hitam, hati lain - lain.... walaupun rambut hitam kini boleh diwarnakan dengan apa saja warna kesukaan tanpa mengira waktu, begitu juga hati yang sememangnya tidak tetap apatah lagi keteguhan iman, begitu kuatnya cabaran nak beristiqamah.... Usah khuatir, masih ada yang suka untuk melihat sesuatu produk atau apa sahaja dalam keadaan yang seimbang... Cukup rencah cukup rasanya, alah membeli menang memakai... Kepada yang berkenaan, teruskan usaha untuk menghasilkan karya yang berkualiti serta mempunyai nilai seni....
Dulu, kini dan sekarang.... antara pilihan myself (Malaysia) :
.:: Siri Novel : Mereka Yang Tertewas - Hasanuddin Md.Isa
.:: Filem : Semua filem yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad, P.Ramlee
.:: Drama : Ammara Batrisya, Mak Cun
.:: Lagu : Bunga (Exist), Hanyut (Faizal Tahir), Hijab Kekasih (M.Nasir)
Comments
Post a Comment