A True Friend Reaches Your Hand & Touches Your Heart


Myself berpeluang menonton secara atas talian selepas drama Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir ini bersiaran melalui Astro Maya pada 15 Oktober 2016 yang lalu. Tajuk drama memang serius, melakonlik di tambah pula dengan lagu tema drama ini, Jiwa Sentuh Jiwa (Duet : Misha Omar & Adibah Noor). Babak drama ini dimulakan dengan kesedihan Mariam (Nasha Aziz) yang di diagnosis menghidap kanser hati tahap 4 dan membawa pertemuan dengan Aiman (Kodi Rasheed) di sebuah kafe.

Beberapa hari Mariam cuba menenangkan diri untuk menerima hakikat kebenaran yang sememangnya pahit untuk ditelan... Kerenah adik perempuan nya, Aishah (Farah Nabilah) yang ingin berpindah membuatkan dirinya rasa tidak dipeduli... Akhirnya di kafe yang sama, Mariam menemukan sahabat lamanya, Nora (Ziana Zain). Nora memaklumkan dia terpaksa menikahi seorang duda anak tiga atas kehendak keluarganya. Pertemuan mereka tidak berakhir di situ, Mariam mengajak Aiman, Nora untuk pulang ke kampung bertemu seorang lagi sahabat lama mereka, Kamaliah (Adibah Noor). Walaupun hasrat itu ditentang oleh Aishah, namun akhirnya Aishah turut serta menemani mereka.

Nora yang pada mulanya kelihatan takut - takut akibat layanan anak - anak tirinya yang tidak menghormatinya mula menunjuk belang apabila membalas dendam kepada kawan - kawan lama yang membulinya ketika zaman sekolah dulu... Insiden - insiden yang lucu, mencuit hati. Kemudian, apabila mereka tiba di perkarangan rumah Kamaliah, mereka tidak menemukan Kamaliah dan dikhabarkan sudah berpindah.

Bermula lah satu demi satu kisah lama yang tersimpan rapi akhirnya terbongkar juga... Kepada Aiman, Mariam mengakui berkenalan dengan Hussin ketika menuntut di universiti. Ketika itu, Mariam juga mengetahui akan perhubungan yang terjalin di antara Kamaliah dan Hussin dan meminta Hussin untuk berterus terang dengan Kamaliah dan barulah Mariam akan bersetuju untuk berkahwin dengan Hussin.

Akan tetapi, sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, ketika mereka sedang menjamu selera di satu medan selera, akhirnya membawa kepada pertemuan dengan Kamaliah yang sedang menjual kerepek ubi. Melalui pertemuan itu, Kamaliah memaklumkan yang dia setia menunggu Hussin walaupun ibu bapanya meminta dia berkahwin lain tetapi Kamaliah tidak menunaikan hasrat Ibunya sehingga Ibunya meninggal dunia dan bapanya menyalahkannya. Mariam kelihatan sangat sedih apabila Kamaliah memaklumkan Hussin memberitahunya mendapat tawaran bekerja di luar negara dan membiarkan Kamaliah terus menunggunya sehingga 15 tahun.

Mereka berjanji untuk bertemu sekali lagi dan sebelum pertemuan mereka bertiga berlaku, Nora membuat satu pengakuan di mana dia memang berniat untuk mengikut Mariam pulang ke kampung kerana ingin membalas rasa dendamnya kepada Kamaliah yang menyebabkan dia terkandas untuk menyambung pelajarannya akibat kesalahan ditangkap meniru di dalam peperiksaan SPM. Rentetan dari kejadian itu juga, Nora dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya, mengahwini duda tua dan menghabiskan masanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Nora menyalahkan Kamaliah sebagai punca merosakkan masa depannya.

Nora juga mengetahui yang Kamaliah mempunyai hubungan dengan lelaki lain selain Hussin. Nora benar - benar ingin Kamaliah mengahwini Hussin kerana geram dengan perbuatan curang Kamaliah dan ingin Hussin membenci Kamaliah, menceraikannya dan Kamaliah merana apabila perkara curang itu diketahui Hussin.

Nora tidak menyangka apabila Mariam mengaku yang dirinya menikahi Hussin dan apa yang berlaku kepada Kamaliah benar - benar membuatkan Mariam rasa bersalah yang teramat. Akhirnya setelah Mariam mengakui kisah sebenarnya kepada Kamaliah, ia menyebabkan Nora dan Kamaliah membenci perbuatan Mariam yang tidak berterus terang sebelum perkahwinannya berlangsung dengan Hussin.

Namun, Nora dan Kamaliah menyedari kesilapan mereka berdua apabila mengetahui akan tahap kesihatan Mariam yang hanya boleh hidup dalam tempoh 3 bulan sahaja lagi setelah dinasihati Aishah dan Aiman.



Kamaliah : Kita... Kita lupakan kisah silam kita...

Mariam : Kata Mak Aiman, kematian tu adalah satu penghijrahan ke tempat yang lebih baik...
Mariam : Aiman, saya teringin sangat nak jumpa dengan Mak awak... Nanti awak uruskan eh..
Aiman : Mak saya dah lama meninggal... Sebab tu saya dapat belajar tentang mati... tentang agama... tentang Allah...

Mariam : Perjalanan hidup aku, Nora, Lia, Aishah dan Aiman... Agak longgar... agak kucar kacir... sebab semua yang jadi kat kita orang ini... tak dirancang.... Jadi, perjalanan kita orang... tak tersusun... Kita takkan pernah bersedia untuk mati... Bila ajal datang dengan had masa tertentu.. Aku tak sempat fikir apa perkara terbaik untuk buat... tapi aku harap perjalanan ini akan beri perubahan yang baik untuk semua orang....  Aku berharap Nora berhenti jadi penakut dan berhenti jadi pendendam.... 

Nora : Aku dah tak nak takut lagi dah... Aku nak jadi berani....

Mariam : Aku harap pengakhiran hidup aku... boleh jadi permulaan untuk hidup orang lain...

Kamaliah : Ya Allah, Ya Tuhanku... Kau cucurilah rahmat ke atas roh sahabatku... Berilah... Amin ya rabbal alamin...

Mariam : Aku harap Lia dapat teruskan hidup dengan tenang.... Mungkin aku tak perlukan 3 bulan... 

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days