Stories With Corpse & Locomotive


Secara jujur mengakui lambakan waiting list film tahun ini tidak mampu mengheret myself ke pawagam berhampiran... Menonton secara atas talian adalah pilihan myself termasuk untuk filem Mechanic Ressurection... Lakonan Jessica Alba (Gina Thorne) tidak menyerlah langsung, hanya sebagai pendamping Jason Statham (Arthur Bishop)... I just wonder why she accept to act in this film... Ada juga myself menonton filem - filem lain tetapi hanya separuh jalan, bosan mungkin?

Awal bulan ini, terjadinya satu insiden kerosakan LRT a.k.a Train to KL yang menyebabkan semua lewat ke pejabat dan dikaitkan dengan filem Korea, Train to Busan.. Filem ini sememangnya lain dari yang lain... Kalau untuk filem World War Z, akhirnya Brad Pitt (Gerry Lane) menemui penawar kepada penularan wabak penyakit/virus yang menjangkiti manusia dan bertukar menjadi zombie.

Untuk filem Korea ini, endingnya cuma 2 watak yang survive iaitu seorang wanita mengandung (Seong-kyeong) dan seorang kanak - kanak perempuan (Su-an) di samping insiden - insiden lain yang boleh dijadikan iktibar termasuk lelaki yang pentingkan diri (Yon - Suk), 2 beradik perempuan warga emas (Jin-hee & Jong-gil), Sang-hwa (suami kepada wanita mengandung) dan hero filem ini (Seok-Woo yang merupakan bapa kepada Su-an) Sekuel filem ini ada dikhabarkan sudah ada pengesahan dan ada juga menyatakan masih di peringkat perbincangan. Pastinya ramai yang ingin mengetahui apakah kesudahan survival untuk 2 watak ini.

Rasa - rasa nak tengok filem lain yang berkait dengan train atau keretapi, bolehlah menonton filem The Girl On The Train lakonan Emily Blunt yang berlakon jadi Ice Queen / Freya dalam filem The Huntsman: Winter's War. Filem ni takda zombie, penyakit and bla bla bla... tapi adaptasi novel thriller.


Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days