Disability Does Not Mean Inability
2 temasya sukan utama berlangsung pada tahun ini berlokasikan di Rio de Janeiro , Brazil pada 5 - 21 Ogos (Olimpik) dan 7 - 18 September (Paralimpik) menyaksikan kesemua atlet yang mewakili negara beraksi seterdaya semampu untuk meraih pingat.
Tahniah & berterima kasih kepada mereka semua yang mengharumkan nama negara jua memberikan inspirasi kepada insan - insan lain yang turut berjuang dalam pelbagai situasi seperti menghadapi penyakit kritikal seperti kanser, memajukan diri dalam lapangan kerjaya, menimba ilmu, menjadi insan yang baik akhlak juga mentalitinya, istiqamah dalam perubahan diri menjadi lebih baik dalam meninggalkan yang tidak bermanfaat dan macam - macam lagi...
Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
Kini " Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar " Standing In The Eyes Of The World"
Comments
Post a Comment