Rebuilding Together


Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg.

Menerusi amalan gaya hidup sihat, diet dan kegigihan ke gimnasium, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali berbangga dengan berat badan ideal 74kg sekarang.

Katanya, selain enggan lagi menjadi bahan ejekan, keinginan untuk menyertai dunia seni turut mendorongnya berusaha keras menurunkan berat badan, apatah lagi dirinya percaya pakej menarik antara tiket utama untuk berada dalam bidang berkenaan.

"Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang. Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein."

"Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada di antara mereka yang pernah mengejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal," 

Apa yang dikatanya itu ada benarnya... Apa yang membuatkan myself tiba - tiba nak cari info pasal pelakon baru yang dicungkil bakatnya melalui DFKL ni? Sesudah berakhirnya drama bersiri Seindah Takdir Cinta, promo drama baru yang ditayangkan macam menarik... So, bila dah google sana sini, macam - macam artikel lah kan... Tapi, apa yang lebih memotivasikan myself, adalah kisahnya menurunkan berat badan...

Apa - apa pun , tahniah kepada Raja Afiq dan Farziara Lee sebab berjaya mencapai apa yang diimpikan dan berubah kerana diri sendiri demi menjaga kesihatan dan penampilan diri sendiri bukan semata - mata kerana orang lain....

Time has been transformed, and we have changed; it has advanced and set us in motion; it has unveiled its face, inspiring us with bewilderment and exhilaration.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days