Entry 3 : Own Style Of Hari Raya 2016
Keinginan untuk menikmati sarapan myself pada pagi raya ke - 3 tertangguh apabila proses rebusan barli di dalam periuk tidak dapat diteruskan sebaik sahaja, bekalan tong gas kehabisan... Dengan kekangan diri, myself bawa tong gas tu keluar dari rumah dan masuk ke kereta... Betul - betul step by step mengangkatnya, sekiranya tak dibuat dengan betul, memang akan menjejaskan diri myself secara fizikal dan kesihatannya.
Tak dapatkan bantuan atau tak ada yang membantu ke? Memang ada kelibat orang yang baru pulang beraya di ruang parkir tetapi menegur pun tidak... Myself tengok barang - barang yang dibawa pulang pun dah bersusun banyak di luar pintu lif.
Faham - faham sajalah di musim perayaan, tentu sukar untuk mendapatkan gantian di mana - mana kedai runcit yang dibuka seperti biasa dan ternyata ia memang benar sama sekali... 2 kedai runcit di kawasan berhampiran memberikan jawapan yang sama, sudah kehabisan stok...
Usah membuang masa, terus bergegas ke pekan berhampiran... Maybe for others, why myself tidak menunggu saja pada hari lain untuk dapatkan gantian gas... Based on my experience, whether during festive season or not, untuk mendapatkan gantian memang agak sukar... So, better dapatkan gantian terus pada hari kejadian.
Hampir 4 - 5 kedai runcit myself singgah bertanya, ada yang respon baik dan ada yang tidak memberikan respon dengan baik... Namun, sebaik saja tiba di kedai runcit yang ke - 6 ini, walaupun jawapan sama yang myself terima, kehabisan stok... tetapi pemiliknya memberikan cadangan kepada myself untuk cuba mengunjungi 3 buah kedai runcit di seberang jalan berhampiran. Tujuannya supaya myself tidak menunggu lama atau berharap kepadanya. Myself maklumkan padanya, sekiranya tiada juga bekalan... myself akan berpatah semula ke kedainya dan sanggup menunggu... That's what happened after that.
Sementara menunggu lori pembekal sampai, kami berbual - bual... Pemilik kedai runcit yang sememangnya peramah dan ceria... Tips daripadanya, sediakan bekalan tong gas bersaiz 14 kg selain 12 kg untuk kegunaan kecemasan kerana di pekan berkenaan, tiada siapa yang akan membeli, menjual atau menukarkan tong 12 kg ke 14 kg dengan semudah - mudahnya.
At the same time, kebetulan bapanya pun datang dan diperkenalkan kepada myself. Hampir 20 - 30 minit kemudian, kelihatan lori pembekal di seberang jalan sedang mengagihkan bekalan dan dia memaklumkan kepada myself untuk menunggu sebentar sementara dia pergi mendapatkan bekalan secara terus dari lori pembekal berkenaan sebelum lori berkenaan bergerak ke kedai runcit yang lain pula. Kemudian dia pulang semula dengan satu - satunya tong gas 12 kg, just for myself.
Myself rasa bersyukur sangat, bekalan yang diharapkan ada. Berterima kasih banyak - banyak kepadanya kerana tidak menghampakan myself sebagai pelanggan walaupun myself bukanlah regular customer dan itulah pertama kali myself berkunjung ke kedainya. Mr. Kumaran, I really appreciate your help and assistance. Myself fully recommend your shop to the others. Don't forget everyone, Kumaran Store nearby to Dengkil Police Station.
Moral of the story :
1. Don't judge book by it's cover - Rupa - rupanya, dia seorang bekas jurutera yang berpengalaman bekerja selama 12 tahun dan out station ke merata tempat dan isterinya bertugas di salah sebuah agensi kerajaan. Dia berhenti kerja kerana ingin meneruskan perniagaan kedai runcit milik bapanya...
2. Don't give up to early - Mungkin membuang masa dari satu kedai ke satu kedai semata - mata kerana satu tong gas bersaiz 12 kg. Kenapa tidak terus membeli tong gas 14 kg ? Ini kerana, kereta myself bukanlah jenis truck ya.
3. Be patient - Apabila kita bersabar, automatically kita dapat mengendalikan keadaan dengan tenang dan dalam keadaan yang baik walaupun hakikatnya kita merungut - rungut. Namun, pengakhirannya sememangnya tidak di sangka - sangka dan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
4. Accept - Eventhough, myself ada masalah kesihatan dan kekangan tetapi once myself fully surrender kepada Nya, yakinkan diri... Insya Allah, semua urusan akan dipermudahkan.
Comments
Post a Comment