Chinta Chanduri
Sejak bila pula dah mula rajin nak tengok drama ni... Apa - apa pun, 1st of all, thanks a lot kepada Tv9 kerana menyiarkan semula drama bersiri Chinta and today dah bersiaran sebanyak 5 episod. Melalui drama ini, nama Fasha Sandha meningkat naik, berlakon di samping sahabat baiknya, Faradhiya (manis bertudung dalam drama ini) dan tidak lupa juga kepada Zarynn Min yang sememangnya berbakat besar, cuma sejak akhir - akhir ini kurang sedikit kelibatnya dalam drama - drama tempatan, wataknya sebagai Liza untuk drama Setitis Kasih Darmia yang juga ditayangkan semula di Tv9 termasuk drama Sedetik Cinta. Mungkin sebab myself tidak menonton siaran tv lain ke apa... Waktu siaran di Tv9 , setiap hari Sabtu & Ahad, pukul 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Spontan memperkenalkan diri sebagai Chinta Chanduri / Chinta Chandury bersempena dengan nama Rudy, seorang pencari bakat bagi sebuah agensi modelling yang menemukannya dirinya di jalanan. Bermula kisah Chinta meneruskan kehidupan...
Comments
Post a Comment