9 Years & 2 Days


Syawal hampir ke penghujungnya, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka, mengeratkan silaturahim dan bla bla bla... Pergi balik ke rumah kenalan, sanak saudara tu, biarlah dengan sangkaan yang baik - baik belaka dan doakan yang baik - baik buat semua. This year's syawal, nothing's great for myself... So, sambutlah syawal itu dengan cara yang tersendiri...

Bila mata melirik ke kalendar, myself tersenyum masam manis.... 2 tarikh keramat yang myself akan ingat selagi hayat masih ada dan khidmat masih diperlukan.... Bagaimana myself boleh bertahan untuk bekerja di sebuah jabatan untuk tempoh yang lama dengan jawatan yang sama serta menghadapi kerancakan senario bidang kerja itu?

Membina karakter diri, berubah menjadi yang terbaik, mencapai kejayaan, konsisten dalam kerja serta komited yang tinggi adalah antara momen - momen berharga untuk myself dalam tempoh 9 tahun ini. Kalau dalam sesuatu perhubungan ada pasang surutnya, begitu juga dengan pekerjaannya.

Tidak selama - lamanya akan di atas, sesekali kita perlu jatuh kerana ada hikmahnya yang kita sendiri tidak menyedari di mana kita rasa ia tidak baik untuk kita tetapi sebaliknya, ia membawa seribu manfaat kepada diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days