Happy Father's Day 2016
Majalah Maskulin keluaran bulan Jun 2016, menampilkan 2 figura yang sangat dikenali ramai. Bersempena dengan sambutan hari bapa tahun ini, berikut antara petikan sesi bual bicara sepanjang sesi penggambaran diadakan.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin :
Anda Sebagai Bapa
Barangkali ramai rakyat Malaysia mahu mendengar jawapan daripada beliau mengenai soalan ini. Di kaca televisyen kita melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa juga seorang lelaki seorang lelaki yang berintelek tinggi. Mungkin pada mereka yang tidak mengenali beliau dengan lebih mendalam akan tertanya - tanya mengenai sisi lain individu ini.
"Waktu di pejabat adalah di mana saya berinteraksi dengan lebih profesional. Rasmi, ia melibatkan hal kerja yang penting dan saya selaku ketua harus tegas dalam menjalankan tugas. Namun, bila di rumah, saya adalah seorang bapa. Walaupun melayan karenah empat cahaya mata bukan suatu perkara yang mudah, namun saya harus menjalankan tanggungjawab saya sebagai ayah. Ketegasan itu masih ada dalam cara saya mendidik anak - anak hingga ke hari ini. Walaupun saya tidak selalu di rumah dan sibuk menjalankan tugas, itu saya tidak jadikan sebagai sebab untuk melepaskan semua tanggungjawab saya kepada isteri."
Erti kebahagiaan
Kebahagiaan itu boleh ditakrifkan dalam pelbagai jenis sudut pendapat yang berbeza. Bagi Tan Sri sendiri, beliau menyatakan bahawa kebahagiaan dalam konteks bererti perkara yang sudah dicapai. Baik untuk diri sendiri mahupun keluarga.
"Sejujurnya, setiap kebahagiaan yang dirasai oleh sebuah keluarga itu datangnya daripada kurniaan Allah. Saya percaya Tuhan telah tentukan perjalanan hidup kita. Sama ada yang baik pun ada hikmahnya, yang tidak baik juga pasti ada hikmah tersendiri. Saya mempunyai isteri yang bertanggungjawab dan anak - anak yang memahami peranan mereka. Itu sudah memadai. Seperti apa yang katakan, bahagia itu tidak semestinya dinilai dari sudut kekayaan dan kemewahan. Cukuplah sekadar mempunyai apa yang kita seharusnya ada. Itu pandangan saya."
Najwa Mahiaddin :
Ayah dari kata mata anda
"Orang ramai mungkin melihat ayah saya seorang yang serius dan tegas. Tetapi itu hanyalah apabila beliau melakukan tugasannya. Tetapi, bila bersama keluarga, ayah adalah seorang yang berbeza. Walaupun memang seorang yang tegas, namun beliau masih boleh bergurau dan berjenaka bersama kami. Tambahan pula bila bersama cucu - cucunya. Ayah saya ini tidak pernah meninggikan suara sekalipun. Kami semua akan tahu bila beliau marah, Ekspresi mukanya juga berbeza bila dia sedang marah."
Nasihat
"Antara nasihat yang menjadi pegangan saya hingga hari ini bila mana ayah saya berpesan sentiasa cekal dan kuat menghadapi segala jenis cabaran dalam dunia seni ini. Dunia seni ini kadangkala berubah - ubah. Boleh jadi mereka yang di dalamnya tidak sincere. Mereka suka melihat kita jatuh dan mereka juga ingin tahu saat kita naik. Jadi harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Apa yang penting, ayah saya sentiasa berpesan, whatever you do, jagalah nama baik keluarga."
Comments
Post a Comment