Entry 3 : Own Style Of Ramadan 1437


1st of all, thanks to my oldscool office mate... Hehe, sebab memberikan penjelasan ringkas berkenaan kuih - muih melayu yang popular terutamanya dalam bulan ramadan. Ramai yang dok menyebut keenakan Tepung Pelita Paya Jaras yang famous dengan rasa sebulan, rindu setahun tu sampai beratur panjang kalau nak membelinya.

What is the difference between Tepung Pelita, Kuih Tako and Kuih Jongkong... Ha... Sometime, kita merungut - rungut, kenapa dalam kuih ni ada sengkuang, kenapa yang dalam ni takda pula dan kenapa balutannya berbeza - beza termasuk rasanya.

Tepung Pelita - bahan utamanya menggunakan tepung beras dan balutannya menggunakan daun pisang.

Kuih Tako - bahan utamanya menggunakan tepung hoen kwe putih dan hijau dan balutannya menggunakan daun pandan. Adunan lapisan bawah di letak isi sengkuang cina atau buah pear ya.

Kuih Jongkong - bahan utamanya menggunakan tepung beras dan tepung ubi kayu. Intinya menggunakan gula melaka dan daun pisang untuk membungkus.

Thanks a lot to blogger Azlita Masam Manis yang myself rasa antara blogger yang terkenal bukan saja kerana kepandaian memasaknya tetapi dengan resepi - resepinya, begitu juga dengan blogger lain seperti Mat Gebu, Kak Jee, Azie Kitchen pun selalu jadi rujukan myself juga...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

2 Months & 2 Days

Louisa Clark & William Traynor