2 Years, 9 Months & 17 Days


Kita rewind sedikit untuk beberapa tahun lepas, hehe.. Memandangkan untuk first movie, tidak ditayangkan di pawagam berhampiran, myself ke GSC Pavilion, Bukit Bintang KL pada 25 Ogos 2013. Masa tayangan, pukul 11.10 pagi. Rushing ke sana dengan public transport, timing sampai sana lebih kurang 20 - 30 minit sebelum bermulanya tayangan.

Batch pengunjung yang tengok masa tu lebih kurang 11 - 12 orang dan tayangan pertama untuk hari tu. Batch yang paling best, langsung takda bunyi berdehem, berbisik apatah lagi jeritan sebab ketakutan tengok pasangan Ed & Lorraine menjalankan exorcism bagi membantu pasangan Roger & Carolyn Perron sekeluarga di  Harrisville, Rhode Island.

Today, at the nearest cinema, myself dengan pengunjung yang memenuhi hampir 3 baris tempat duduk belakang, berdebar menanti tayangan The Conjuring 2 . Kali ini, bagaimana pula Ed & Lorraine nak menghadapi dan mengendalikan kes yang menimpa seorang Ibu tunggal bernama Peggy Hodgson bersama 4 orang anaknya dan yang paling terkesan teruk ialah Janet yang berusia 11 tahun ketika kejadian yang berlaku di Enfield, North London.

Pada awalnya, Lorraine keberatan untuk membantu pihak gereja bagi mengendalikan kes ini ekoran dari gangguan yang diterimanya melalui rahib jahat (demon nun) dan gangguan tersebut juga berlaku semasa mengendalikan kes The Amityville Horror. Visi yang diterima Lorraine amat membimbangkan dirinya kerana khuatir akan ancaman nyawa yang akan diterima oleh Ed. Lorraine mencadangkan agar mereka mengurangkan dan mempertimbangkan sekiranya menerima kes - kes yang memerlukan bantuan mereka demi keselamatan dan keharmonian mereka sekeluarga.

Ed & Lorraine dengan agak berat hati segera datang untuk memantau kes Peggy Hodgson sekeluarga. Walaupun pada mulanya, kejadian yang menimpa mereka sekeluarga ada yang kurang percaya dan percaya tetapi sedikit sebanyak kes ini menunjukkan satu persatu mengapa roh Bill Wilkins terus - terusan menganggu sehingga berlaku satu insiden di mana rakaman menunjukkan Janet sengaja memecahkan kesemua barangan di dapur yang menyebabkan kesemua yang terlibat segera bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Namun, dengan pengalaman yang ada pada Ed & Lorraine, mereka mendapati yang Janet terpaksa melakukannya dengan sengaja atas desakan rasukan yang menghantui dirinya. Mereka akhirnya kembali semula ke kediaman Peggy Hodgson dan membantu memulihkan kesemua yang sedang berlaku sehingga selesai. Kita akan sangka roh Bill Wilkins adalah punca kepada segala - galanya tetapi sebenarnya ia turut melibatkan rahib jahat (demon nun) tersebut. Apa namanya? Bermula dengan huruf V.

Semestinya arahan James Wan untuk sekuel ke - 2 ini memang menyeramkan dan tak hairanlah ada yang betul - betul menjerit, terperanjat dan buat - buat menjerit pun ada ketika menonton dan ada yang gelak juga ya... Hehe... Filem ke -3 yang myself tonton di pawagam untuk tahun ini. Selebihnya dah banyak tengok kat online... Lambat pun takpa, janji tengok mana yang berkenan...

Possible sequel :
Director James Wan has said that a third Conjuring film is possible if response to The Conjuring 2 warranted it. He said: "There could be many more [Conjuring] movies because the Warrens have so many stories." Screenwriters Chad and Carey Hayes have also expressed interest in working on a story for another sequel.[57] However, Wan stated that he may be unable to direct the film due to commitments to other projects.[58]

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days