The Three Hundred Fifty Entry


16 Mei 2016 - Sambutan Hari Guru 2016 disambut sederhana tetapi meriah. Tema Hari Guru yang ke-45 ia­itu, Guru Pembina Negara Bangsa. Mengulangi tema Hari Guru 2009 dan 2010. Ini membuktikan bahawa tema, ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ sangat signifikan dengan peranan utama guru dalam melunaskan akauntabiliti mereka. Guru seperti lilin membakar diri adalah analogi klise yang relevan sepanjang masa. Dalam semua agenda pembangunan negara, guru adalah nadi penggerak utama yang sentiasa berkorban tenaga dan masa.

19 Mei 2016 - Seluruh dunia dikejutkan dengan berita nahas EgyptAir MS804. Condolences on EgyptAir plane crash.

20 Mei 2016 - Kekalahan pasukan Malaysia kepada pasukan Denmark ketika aksi separuh akhir dan akhirnya kemenangan Piala Thomas Edisi 2016 dimenangi oleh Pasukan Denmark.

Malaysia masih memerlukan khidmat jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018.

21 Mei 2016 - Untuk pusingan 12 perlawanan Liga Super, Pasukan JDT pula 'berkenduri' sebanyak 6 mata menentang pasukan Pahang... Pasukan Perak pula sekali lagi tewas tanpa sebarang jaringan dengan Pasukan Sarawak yang meraih sebanyak 3 mata.

Begitulah rencah kehidupan, sedang kita bergembira dan ada yang sedang berduka... Yang terjadi tetap kan terjadi dan tercatat sebagai sejarah... Boleh dijadikan iktibar, kenangan dan memotivasikan diri...


Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days