Radio, Tv & Desktop
This year, laman web GSC kurang di scroll up and down oleh myself kerana bilangan filem tidak banyak menepati citarasa myself... Hehe... Sedikit sebanyak, dapat berjimat di situ dan digunakan untuk persediaan bagi tontonan pada tahun berikutnya yang deretan filem best sedang menanti tarikh wajib tayang...
Selain dari aktiviti menonton wayang yang semakin merudum untuk tahun ini, dendangan suara - suara penyanyi antarabangsa mahupun tempatan sunyi sepi , mode turn off jerlah radio kenderaan tu sama ada dalam perjalanan pergi dan balik kerja atau ke mana - mana... Takdalah myself macam orang kurang waras, tersenyum gelak seorang ketika memandu dek mendengar slot Krappi Call Fly.Fm
Penyudahnya laman web soundcloud, youtube menjadi sasaran untuk surf lagu terkini, lagu popular dan kerana isu - isu tertentu seperti berita kematian penyanyi legend... David Bowie, Prince dan Deddy Dores... Semestinya ada keluaran koleksi sebagai tribute...
Kalau dulu, kepala tersengguk - sengguk, berdengkur kecil di ruang tamu, beralaskan kerusi ala - ala tepi pantai... Sedar - sedar, sudah habis siaran... Sah, tv yang tengok kita... Haha... Kini, gelap jer lah tv tu.. pada waktu hujung minggu jerlah sesekali switch on... Bosan dengan rentak drama tempatan yang asyik - asyik berbalah, tertipu, cinta tak kesampaian...? Haha... Bukan itu puncanya, tetapi ada urusan lain perlu didahulukan.... Drama bersiri Mak Cun dan Ban Shu Legend pun entah ke mana...
Finally, berkepit dengan desktop di tempat kerja untuk hal - hal kerja dan lain - lain.. Kemudian, netbook di rumah juga jadi sasaran untuk urusan peribadi... Kejap - kejap search resepi masakan lah, diet sihat lah, isu itulah, isu inilah.... Macam - macam kan...
Kebiasaan yang telah berubah tak semena - mena... Apa lagi yang berubah lepas ini? Tunggu...
Comments
Post a Comment