Own Westernised
Sejak bila pula dapur rumah sudah berasap? Rajin pula nak bersengkang mata, pagi - pagi buta... Hehe... Memasak satu hidangan saja. Selebihnya ada yang dibeli.. Terima kasih kepada Pastry Crust, ownernya yang baik hati, sudi berkongsi hidangan dengan myself.. Murah rezeki semua orang untuk hari ini... Taste nak yang western saja, selera melayu takda ya... Inginkan kelainan daripada kebiasaan... Hehe...
Secara jujurnya, selera masing - masing sentiasa berubah, jarang nak makan hidangan atau minuman yang sama setiap hari... Itulah anugerah deria rasa yang tidak ternilai diberikan kepada kita semua, makanlah sekadar, secukupnya dan usahlah berlebihan kerana manfaat khasiat yang kita harapkan boleh bertukar menjadi mimpi ngeri yang kita ingin hindarkan seperti penyakit 3 serangkai yang popular (darah tinggi, kencing manis & jantung).
Boleh kalau nak makan sedap, berlebihan kalori setiap hari, tiada pantang larang, tiada siapa nak merungut pun... Tetapi, mestilah disertai dengan aktiviti kecergasan yang mantap, unggul mengalahkan atlet sedia ada... Haha...
Based on previous entry, semakin banyak hidangan diperkenalkan, semestinya dengan harga yang berpatutan... Myself pula tidak pasti, tahap kerajinan di dapur akan meningkat, konsisten atau menurun.. Hehe... Mungkin tunggu nak ada pasangan...
Comments
Post a Comment