Nature Is One Of Our Greatest Teachers
Khabar yang diterima... Tidak diduga, beberapa kawasan di Persiaran Perdana ditenggelami air, banjir kilat ekoran ribut petir, hujan lebat yang melanda lewat petang tadi... Nantikan saja pengumuman rasmi dari pihak berkuasa tempatan ekoran kejadian ini...
Sebelum itu, sempat myself menjengah ke kawasan kolam tadahan yang dianggap tasik kecil buatan untuk beriadah... Lebih kurang 30 - 40 minit saja, myself segera bergegas pulang ke rumah... Sepanjang ribut petir, hujan lebat yang melanda, kesannya begitu terasa sehingga loceng kecemasan berbunyi di kediaman dan berterusan berdering tanpa henti sehingga pukul 8.00 malam... Suasana di kediaman begitu sepi...
Hari ini juga, setelah 3 - 4 hari berlalu... Awal pagi tadi, myself memberanikan diri untuk memulakan perjalanan jarak jauh... Umpama orang baru yang nak bertatih dalam arena sukan... Haha, statement dahsyat lah sangat ya... Setelah berehat untuk tempoh tertentu, agak lama juga... Dapatlah juga myself menjejakkan kaki di jalanan... Menikmati pemandangan... bernafas di dalam udara yang sama... Begitulah kisahnya, dengan hati bertabah melangkah dengan penuh rasa semangat...
Hampir setiap petang, hujan turun... sama ada lebat atau sebaliknya, mensyukuri kejadian yang berlaku kerana ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi di dalam hidup kita... Mengingatkan diri kita untuk selalu bermuhasabah...
Comments
Post a Comment