James Vs Jane
.:: Daniel Craig tolak RM310 juta
Menurut sumber daripada One LA: “Craig sudah nekad untuk tidak melakukannya lagi. Dia sudah memaklumkan kepada pihak produksi bahawa ia adalah filem terakhirnya tetapi mereka beranggapan dia akan kembali menjadi Bond selepas ditawarkan dengan bayaran lumayan.”
.:: Gillian Anderson bakal tampil sebagai Bond wanita pertama?
Undian yang dinyatakan oleh Gillian merupakan kempen media sosial yang menggunakan hashtag #NextBond untuk memilih calon perisik rekaan Ian Fleming tersebut.
Kempen tersebut dijalankan bermula minggu lalu selepas pelakon Bond semasa, Daniel Craig menolak tawaran bernilai 68 juta pound (RM409 juta) untuk membintangi dua lagi filem 007, lapor The Guardian.
Antara yang pernah disebut-sebut sebagai James Bond baharu termasuklah bintang utama Luther Idris Elba, Tom Hiddleston (Night Manager), Tom Hardy (The Revenant), dan Damian Lewis (Homeland).
Seperti yang di jangka, Daniel Craig akhirnya mengundur diri kerana...
Namun dalam kegirangan peminat menanti, Craig mencetuskan kejutan apabila beliau menyatakan hasrat untuk menggantung lesen daripada menjadi perisik dan pembunuhan upahan kacak itu lagi.
Perkara itu terjadi apabila Craig menghadiri temu ramah dengan sebuah majalah British Time Out dan ditanya tentang kebarangkalian beliau kembali menjadi James Bond.
“Tidak sama sekali. Sudah cukup masa saya menghambakan diri pada watak ini dan mungkin ini adalah kali terakhir saya menjadi James Bond.
“Saya rela memotong urat lengan dan dibiarkan mati daripada melakonkan watak James Bond untuk kali kelima,” tuturnya.
Kenyataan tersebut barangkali hanya satu gurauan, namun ianya ditekankan seolah-olah itu niat Craig yang sebenar.
Hampir 10 tahun Craig diikat bagi empat filem prolifik tersebut dan ternyata tempoh itu telah memakan dirinya sedikit demi sedikit apabila aktor itu semakin penat untuk tampil kacak dan bergaya sepanjang masa walaupun realitinya, melakonkan watak sebagai James Bond cukup memeritkan.
Ingat tak penat ke berlari sana sini, terkejar sana sini.... The time has come and maybe there's another good offer for him... All the best...
Comments
Post a Comment