Entry 1 : Abdomen, Stomach, Digestive & Fasting
1. Gastrik - dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis) serta selalu dirujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
2. GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) - rasa pedih ulu hati yang kerap berlaku, juga dikenali sebagai senak iaitu satu kesakitan seakan terbakar di bahagian bawah tengah dada, bahagian belakang tulang dada dan di bahagian tengah abdomen.
3. Hiatus Hernia (angin pasang yang mengakibatkan penonjolan atas perut yang menyelinap masuk melalui diafragma dan mengakibatkan asid perut masuk ke saluran esofagus apabila proses penutupan sfingter esofagus terganggu) Mereka yang ada penyakit GERD biasanya akan mendapat Hiatus Hernia ini. Jangan terkejut apabila anda disahkan ada angin pasang terutama sekali pada perempuan. Usah khuatir, kerana angin pasang banyak jenisnya.
Adalah lebih baik merujuk kepada yang pakar, bagi tujuan mendapatkan diagnosis yang lebih tepat sama ada melalui endoskopi dan sebagainya akan penyakit yang dialami kerana majoritinya ada yang suka membuat andaian sendiri, ada yang terkeliru dan kekurangan info.
Comments
Post a Comment