Entry 2 : Phenomenal Woman 2
Based on the previous entry, Rancangan Pak Akob sememangnya berhasil, Mak Cun dan Zeenat Manisah akhirnya berbaik - baik demi kebahagian anak mereka iaitu Atul dan Kamarul... Di Tv3, pada 29 April 2016 yang lalu, drama ini kembali menemui penonton untuk musim ke - 2 telah pun bersiaran melalui slot Zehra, setiap hari Rabu - Jumaat.
Myself terlepas beberapa episod, banyak urusan yang perlu didahulukan... Tetapi takpa, boleh tonton secara online... Untuk musim ke - 2 ini, Mak Cun yang tertekan gara - gara bekalan bedak sejuknya tidak sampai kepada stokis, ditipu dengan Dato' Linda, pengusaha kilang yang bertanggungjawab mengeluarkan produk... Namun, berbekalkan semangat yang ada, walaupun pada awalnya dia merajuk dengan Aton kerana permasalahan yang dihadapi, akhirnya semua berbaik - baik kerana urusan persiapan majlis nikah kahwin Atul dan Kamarul. Semua mestilah bertemakan tradisional, no Frozen - Frozen Elsa apa semua ya... Hehe.... Boleh bayangkan betapa excitednya Atul nak berkahwin dengan Kamarul...
Untuk drama bersiri musim ke - 2 ini juga, Norish Karman terpilih untuk menyandang watak tersebut... Memang kelakar habis... Melalui Teater Muzikal Mak Cun yang diadakan pada tahun lepas, watak Combi dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud.
Bagaimana Mak Cun mengharungi segala suka duka yang sedang melanda, dalam masa yang sama ingin menguruskan persiapan majlis nikah kahwin Atul? Jangan lupa luangkan masa untuk menonton drama yang penuh dengan mesej tersirat dan tersurat ini...
Comments
Post a Comment