#Soffiya
Based on this entry, akhirnya terjawab sudah, siaran drama yang bersiaran pada pukul 12.30 tengahari - 2.00 petang, setiap hari Sabtu & Ahad di Tv9 telah bertukar waktunya ke pukul 4.00 - 5.00 petang... Based on this entry juga, jangkaan myself menjadi kenyataan apabila drama bersiri Soffiya ditayangkan semula...
Untuk drama inilah, nama Izara Aishah mula meniti di bibir peminat, berlakon di samping Fizo Omar yang myself tidak pasti sempat ke tidak Fizo Omar nak improve acting skillnya sebab dia sangat sibuk menjalankan dan membangunkan perniagaannya... Tidak dilupakan juga kepada Tiz Zaqyah yang sememangnya cemerlang dari awal penglibatannya...
Petikan dari Beautifulnara.com :
" Industri perlu perubahan kerana sampai bila kita mahu memberi persepsi wanita ini lemah. Jika penonton menggemari drama berkisarkan cinta, mengapa tidak mendidik mereka dengan sesuatu yang berbeza. Andai kita terus selesa dengan paparan yang sama, siapa yang akan mengambil langkah untuk melakukan perubahan." - Tiz Zaqyah.
Mungkin bagi yang pernah menonton drama ini, tertanya - tanya, berteka - teki, boleh jadikah seorang Ayah kandung yang berkarier baik, dihormati masyarakat, tergamak memusnahkan masa depan anak kandung sendiri ? Tiada yang mustahil pada zaman sekarang...
Untuk episod terakhir drama ini, mungkin ramai yang mengharapkan Sofi akan kembali bersama Ilyas tetapi Sofi kekal menjadi isteri kepada Kamal (Azhar Sulaiman)....
" Pernah tak kita terfikir ? Bagaimana hati yang kecil ni... boleh menampung bermacam - macam jenis rasa... Sakit ? Suka ? Sedih ? Marah ? Benci ? Semua terkumpul dalam satu hati yang sama.. "
Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Penjara... Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan...
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku
Ratib sendu...
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku
Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku
Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi

Comments
Post a Comment