#Pension


Smile, smile and smile... Hehe... Dapat duit pencen ke? Bila masa pula myself bersara ni? Bersara pilihan mungkin... Apa punca myself bersara? Bersara apa benda ni? Dari perkhidmatan sedia ada ke?

Bukan - bukan.... Setiap hari, bila menyarung kasut untuk pergi kerja, terpandang 2 pasang kasut sukan yang masih cantik molek di rak sedia ada, mulut sempat mengomel, dah pun masuk pertengahan bulan April... Biasanya, 2 pasang kasut ini bakal berganti... tetapi untuk tahun ini, langkah ceria semakin slow down... Maka, kasut masih boleh dipakai lagi...

Myself pilih untuk pencen seketika dari dunia sukan sebenarnya... Keadaan kesihatan yang meruncing sejak bulan Mac dan akhirnya beransur - ansur pulih pada bulan ini... Walau bagaimanapun, keputusan muktamad hanya diketahui ketika prosedur yang akan dibuat pada 27 April nanti dan sesudah prosedur yang berkenaan... Penting sangat nampaknya... Iya, penentu kepada aktiviti yang akan dilakukan, termasuk corak pemakanan yang sesuai untuk myself...

Honestly, pemakanan myself memang totally berubah... Berat naik hampir 8 - 10 kg, walaupun masih dalam range berat badan normal, kalau terlebih pun... alahai sikit sangat... tetapi badan rasa kurang selesa. Ada pula yang kata, elok kekalkan berat badan sekarang supaya tidaklah nampak seperti tinggal tulang atau rangka... Haha... Myself bukan jenis kecil molek, jenis rangka bidang/besar kan...

Corak pemakanan juga seperti kebiasaan orang melayu kita suka, heavy breakfast like nasi lemak, nasi impit kuah lodeh, Soto ayam... For lunch, nasi putih digandingkan dengan ayam goreng kunyit, ikan goreng ke... untuk dinner, pun lebih kurang serupa tengah hari... Makan seperti tidak rasa bersalah atau stress... Hehe... Belum cerita pasal pencuci mulut... Tidak berasa risau pasal kadar bacaan glukos dalam darah ke? Tekanan darah naik ke?

Keadaan ini hanya untuk bersifat sementara sahaja demi menstabilkan kesihatan diri supaya serangan penyakit tidak berulang lagi... Sakit apakah itu? Just wait and see... Terima kasih untuk semua yang memberikan bantuan, sokongan.. agar myself terus bertabah dan bersabar...

P/s : Jangan lupa menonton drama bersiri Cinta 100kg untuk minggu akhir di Tv3...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

2 Months & 2 Days

Louisa Clark & William Traynor