I'll Fight For You



1st of all, takziah untuk seisi keluarga Allahyarham Mr.Os. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah...

Back to the title of this entry...
Dah kenapa macam orang tidak keruan di atas tu...? Sejak drama ini bersiaran setiap petang hari Jumaat - Ahad, bila myself berkelapangan, sementara myself menantikan untuk urusan - urusan lain, ngadaplah Tv3 untuk menonton drama bersiri yang begitu trending...  #Cinta100KG ... lakonan Sherry Al Hadad (Dian), Sharifah Amani (Wati), Safiah Hanifah (Tina), Zain Saidin (Shahril), Jay Iswazir (Wanzi) dan Ku Hariz (Zain).. Memang tak sangka, cempedak jadi nangka... kebiasaannya 2 orang aktor ini terserlah dengan watak antagonis and bla bla bla tetapi untuk drama ni, lawak tahap gaban...

Menyampah pulak tengok Khairul (Fezrul Khan) yang beriya - iya sangat nakkan Dian semula setelah menyesali apa yang telah dilakukan... Paling sadis bila Rozie (Ruzana Ibrahim) mengamuk marahkan Dian kat restoran tetapi Dian cool jer, ajak discuss baik - baik. Myself rasa better Dian maintain jer berhubungan dengan Saufi (Zain Hamid/Ruffedge)...

Wati pulak bengang sangat - sangat sebab rasa terkejut bila Zain yang dianggap sebagai kawan baik, menaruh hati dan perasaan padanya... Memang sedih bila tengok Zain koyak lukisan potret wajah Wati tu... Mestilah Zain bengang sebab Wati marah - marah kan...

Namun, ada sesuatu yang lebih tragis telah berlaku... Mereka semua kehilangan Tina untuk selama - lamanya disebabkan kidney failure yang kritikal... Ini semua angkara produk jualan Riz Amin (Bahar), pemilik company Terlajak Cun yang akhirnya di kenakan tindakan sewajarnya...

Khairul : Best baring atas lantai... ?
Dian : Best...
Khairul : Pizza
Dian : Macam mana you tahu I lapar ?
Khairul : Dah berapa lama kita couple ya ?
Dian : Pizza apa ni?
Khairul : First time I tengok you gelak lepas... Sorry lah terbuka cerita pasal Tina...
Dian : Takpa, she is my best friend.. Semua memori dia masih lagi dengan I...
Khairul : You perasan tak, sepanjang kita couple.. Kalau kita gaduh ke.. Dia yang selalu buat kita gelak...
Dian : Dia tak suka kita gaduh tau...
Khairul : So, I nak you jadi macam Tina la.. 
Dian : Nak suruh I jadi apa...
Khairul : Move on..
Dian : Lagi.. ?
Khairul : Lagi..? Sekarang ni pergi mandi, keluar dari rumah..Pergi selamat kan perempuan - perempuan yang senasib macam Tina jugak... Okey...
Dian : Tapi I nak buat macam mana...
Khairul : Sayang... Network contact you besar kot..
Dian : Okey, I faham.. Kita makan dulu pizza yang you bawa ni...

Drama ini bukan saja penuh dengan lawak spontan, tetapi cukup rencahnya termasuk emosi, motivasi dan segala - galanya yang berkaitan dengan hakikat kehidupan realitinya... Memang benar, drama ini tidak membariskan wajah - wajah jelita, kacak segala tetapi sekurang - kurangnya lakonan mereka begitu dekat dengan sesiapa sahaja... Siapa makan cili, dia terasalah pedasnya sendiri...

Idea asal Redza Minhat & Megat Shahrizal ini memang best... Congratulations to both of them and the others...

P/s : Seriously dah lama tak tengok Redza Minhat berlakon... Agak - agaknya mungkin timbul idea nak bawa drama bersiri Cinta 100KG ni ke layar perak...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days