Bruce Wayne Vs Clark Kent
3 years, 3 months and 3 days ago, myself menonton buat kali pertama di pawagam berhampiran dan terfikir juga, siapa pulak yang bakal menggalas watak Bruce Wayne a.k.a Batman sekiranya ada sekuel terbaru and bla bla bla.... Kemudian sekitar tahun 2014 - 2015, melalui info yang didedahkan, Zack Snyder akan mengarah filem Batman v Superman : Dawn Of Justice sebagai sekuel kepada Man Of Steel.. di pawagam berhampiran... 2 years, 9 months and 14 days ago... myself luangkan masa untuk menonton.. Ada yang jenuh nak calculate nanti ni... Haha...
And then, 2 days ago... sesudah myself tiba di sebuah pusat membeli belah berhampiran, seperti yang dirancangkan, myself hanya ingin membeli sedikit stok barang makanan, survey food supplements di beberapa buah farmasi berhampiran tetapi keadaan totally berubah apabila salah seorang teman yang dikenali begitu baik hati menawarkan tiket wayang yang sudah dibelinya kepada myself untuk tayangan pada pukul 11.20 pagi. Apa yang berlaku sebenarnya kepada teman myself itu? Alasannya, ada urusan penting yang tidak dapat dielakkan.
Untuk tidak mengecewakan dia, myself menerima pemberiannya itu. Kebetulan hari Rabu, harga tiket jauh lebih murah berbanding kadar pada hari - hari lain.. Myself berkata padanya, kalau ada peluang, ada rezeki, myself akan belanja dia pula... Pembukaan filem ini, kisah Bruce Wayne semasa zaman kanak - kanaknya di mana semua peminat setia Batman tahu bagaimana kedua ibu bapanya meninggal dunia.
Kemudian plot filem beralih kepada kisah Superman (Henry Cavill) yang sememangnya famous, disanjung dan itulah yang menyebabkan emosi Batman (Ben Affleck) terganggu. Untuk menewaskan Superman, Batman mencuri kryptonite daripada Lex Luthor (eh ada rambut pulak mamat ni, biasa botak jer...hehe...) Semestinya Lex Luthor (Jesse Eisenberg) adalah dalang disebalik semua yang berlaku dengan hasratnya untuk melaga - lagakan Batman dan Superman.
Pengakhiran filem ini menyaksikan pertarungan hebat di antara Batman, Superman dan Wonder Woman/Diana Prince (Gal Gadot) dengan makhluk ciptaan Lex Luthor (campuran DNA miliknya dan mayat Jeneral Zod). Filem ini bukan saja sarat dengan aksi bahkan emosi di mana, ketika Batman hampir berjaya menewaskan Superman, sebaik saja Superman menyebut nama Ibunya, Martha Kent (Diane Lane) dan merayu supaya Ibunya dibebaskan dari tahanan Lex Luthor... Batman terus tersedar akan kisah lampaunya yang menyayat hati dan membebaskan wanita itu. (Kebetulan nama Ibu Bruce Wayne adalah Martha).
Lois Lane (Amy Adams) harus akur dengan pemergian Superman, kekasih hati yang terkorban ketika bergelut dan menghunus lembing ke makhluk ciptaan Lex Luthor itu. Pasti ada sekuel lagi... Just wait and see.. Tidak semudah - mudah superhero dambaan semua pergi begitu saja kan...Kalau Batman tu, logiklah juga sebab Bruce Wayne adalah mortal bukan immortal atau mutan... Yang pasti, filem ini juga adalah sebagai pengenalan kepada watak Wonder Woman yang myself tidak pasti bila akan direleasekan untuk tayangan.
P/s : Dalam ramai aktor handalan yang pernah melakonkan watak Bruce Wayne a.k.a Batman, pilihan myself adalah Christian Bale.

Comments
Post a Comment