The Power Of Love



For the 1st entry for this month, sedikit info bersempena dengan cuti umum bagi 3 Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

.:: Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

.:: Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974 dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

.:: Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Labuan.

.:: Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang dibangun untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.

Agak sunyi sepi hari ini, sudah pasti ramai yang mengambil peluang menghabiskan masa untuk bermalas - malasan. Bagi yang tegar dengan aktiviti sukan, cuti atau tidak, kaki tetap melangkah, berlari, mengayuh dan menendang... Paling simple pun, berjalan - jalan mencuci mata di pusat membeli belah... Awasi poket yang sudah sedikit mengering kerana nak membayar itu dan ini... Hehe...

Back to the title of this entry today, siapa yang tidak kenal dengan selebriti terkenal dunia, berimej unik, lain dari yang lain iaitu Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta. Selain berbakat dalam dunia nyanyian, ikon fesyen, lakonannya terserlah menerusi siri televisyen American Horror Story: Hotel, dia dinobatkan Best Actress – Miniseries or Television Film di 73rd Golden Globe Awards.

Petikan dari Kosmo online :

MENYEBUT nama Lady Gaga, pasti ramai terpegun dengan kecantikan semula jadi yang selama ini disembunyikan di sebalik imej dan penampilan eksentriknya sejak tahun 2008. Hanya lewat tahun 2014 dan kalendar 2015 menyaksikan wanita kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS) itu mula selesa mendedahkan identiti serta wajah cantiknya kepada umum. Hal itu sekali gus memberi petanda positif dia telah berubah selaras dengan usianya yang sudah mencecah 30 tahun.

“Tiada perkara yang lebih indah dalam hidup melainkan mempunyai seorang kekasih yang juga bertindak sebagai rakan baik. Itu yang boleh dikongsikan mengenai kebahagiaan saya bersama Kinney dan saya amat bangga dengannya,” kata Gaga.

Kemudian, seorang lagi bintang muda yang dilahirkan dengan nama sebenarnya, Destiny Hope Cyrus atau Miley Ray Cyrus, terkenal dengan drama bersiri Hannah Montana, kelihatan comel, berimej bersih dan kemudian bertunang dengan Liam Hemsworth sekitar bulan Jun 2012 setelah on and off hubungan mereka, Miley Cyrus berkelakuan semacam dan menyebabkan pertunangannya berakhir pada September 2013. Single Wrecking Ball benar - benar menampakkan dirinya begitu kecewa dan beraksi panas di dalam video klip lagu itu...

Petikan dari Utusan Malaysia :

Meski sering tampil dengan gelagat penuh provokatif dan kontroversi termasuk dari segi imej, kelakuan dan cara hidupnya, ramai yang mendakwa Miley jadi begitu kerana dia cuma mahukan perhatian daripada Liam selepas berpisah dengan lelaki berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, khabarnya, selepas kembali menjalin hubungan, Miley berjanji dengan cinta hatinya itu bahawa dia akan berusaha mengurangkan imej provokatif dan seksi untuk menjaga hubungannya dengan Liam selepas ini.

Khabarnya, untuk tujuan itu, Miley juga sudah mula tampil dengan imej yang lebih sopan sekali gus membuktikan bahawa Miley benar-benar mahu berubah demi memastikan hasratnya untuk mengahwini Liam tercapai.

Begitulah hebatnya penangan, kuasa cinta kepada mereka... dari yang negatif, yang pelik, yang bukan - bukan kembali semula kepada yang normal.. Yang berpisah, boleh berbaik semula dan bersatu kembali.. Selain mereka berdua, antara selebriti tempatan tanahair, Raja Azmi bakal menikah dengan bekas suami, Eddie CRK pada 26 Februari akan datang. Sebelum ini, mereka bernikah pada 13 Oktober 2013 dan berpisah pada 11 November 2014. Perkara yang sama juga berlaku kepada Hattan dan isterinya Arianie.. Jodoh tidak ke mana, jodoh pasti bertemu...

Buang yang keruh, ambil yang jernih... Tiada siapa yang sempurna.. Bolehkah kita berubah semata - mata keranaNya dan berpaksi di atas kemahuan diri sendiri?

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days