Legend 23
" Biarlah apa orang nak kata mengenai saya, itu tidak jadi masalah kerana saya sangat bahagia dengan kehidupan saya sekarang " ~ Indra Putra Mahayuddin
Kalau di luar negara kita ada ramai football players yang terkenal dan antaranya :
.:: Lionel Messi
.:: Cristiano Ronaldo
.:: Neymar
Akan ada sisi old school, konservatif, kurang moden, kurang sporting dalam diri myself.. Haha, mungkin sebab myself jenis Less Is More, jenis slumber land ke apa... Untuk local football player, sudah tentu myself memilih Indra Putra Mahayuddin walaupun ada banyak bakat - bakat baru yang berpotensi... Ya, persamaan kami berdua, dah masuk lingkungan umur 30-an.
Menerusi akhbar Metro Ahad bertarikh 24 Jan 2016 :
Pemain berusia 34 tahun itu masih lincah berlari ke segenap sudut padang tanpa menunjukkan tanda-tanda dimamah usia. Pada ketika pemain sebayanya sudah ramai yang menggantung but dan ada antaranya sedang berkira - kira untuk beralih ke bidang kejurulatihan, Indra pula tetap ghairah untuk beraksi di tengah padang.
" Saya tidak pernah memikirkan bilakah saya akan bersara atau menetapkan satu had umur untuk berbuat begitu. Malah, saya tidak pernah berfikir mengenai umur saya sekarang sebaliknya selagi kudrat saya masih kuat dan ada pasukan memerlukan khidmat, saya akan terus bermain. Kalau berdasarkan kecergasan saya sekarang, saya masih mampu bermain untuk tempoh tiga atau empat tahun lagi. Tapi, tidak tahu pula pada masa akan datang, cuma apa yang boleh saya nyatakan ialah bila sampai masanya, saya akan bersara." ujar Indra.
Anak kelahiran Ipoh, Perak yang dilahirkan pada 2 Sept 1981 ini nampaknya masih berminat untuk menabur bakti bagi pasukan Kelantan. Indra juga mendapat perhatian peminat tempatan dan luar negara kerana antara pemain bola sepak yang menutup aurat.
Rujukan :
http://thevocket.com/lelaki-indonesia-ini-kagum-indra-putra/
http://ahmadzaki82.blogspot.my/2014/12/kisah-indra-putra-dijadikan-contoh-oleh.html
https://www.facebook.com/KPTRWSM/posts/638508656176895
Antara pencapaian yang diraih :
Malaysia
Pingat Gangsa Sukan SEA 2003
Tempat ke-4 Piala Tiger 2002
Perak FA
Juara Piala FA Malaysia: 2004
Pahang FA
Juara Liga Super Malaysia: 2004
Juara Piala FA Malaysia: 2005/06
Selangor FA
Naib Juara Piala FA Malaysia: 2007/08
Naib Juara Piala Malaysia: 2007/08
Kelantan FA
Naib Juara Piala FA Malaysia: 2009
Naib Juara Piala Malaysia: 2009
Juara Piala Malaysia: 2010
T-Team FA
Tempat ke-3 Piala FA : 2011
Individu
Kasut Emas Liga Super Malaysia: 2004
Kasut Emas Piala Malaysia: 2009
P/s : They still need you... so, belum tiba masanya untuk bersara lagi walaupun kecederaan berulang kali menimpa..
Comments
Post a Comment