#KacangPoolHaji
Based on this entry, selain dari foods yang myself pernah kongsikan kisahnya serba sedikit, for this entry, myself ingin berkongsi berkenaan salah satu hidangan yang sangat popular di selatan tanahair, Kacang Pool Haji, Larkin Bomba, Johor Bharu a.k.a JB dan betapa glamournya kerana sudah pun banyak kali mendapat liputan dari pelbagai media termasuklah Majalah 3 (Tv3) dan ramai blogger yang buat food review berkenaan hidangan ini.
Perniagaan ini telah diusahakan lebih 20 tahun, Kuah kacang pool sebenarnya dimasak dengan daging cincang untuk memekatkan lagi kuah. Ditambah dengan hirisan bawang, lada bangala, dan limau, sebelum dihidang bersama telur goreng mata kerbau dan roti istimewa yang tebal! Dalam bahasa asalnya, Ful medames. Ada yang dieja dengan Foul Medammas.
Nak cerita panjang lebar pun, keenakannya sudah terbukti dan bagi yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, bolehlah menjamu selera di lokasi yang berkenaan...
Harga terkini untuk satu set ialah RM 6.00 sahaja dan mereka sedia menerima tempahan...
P/s : Teringat kisah pemilik perniagaan ini iaitu Makpol Saimon dengan seorang dramatis terkenal suatu ketika dahulu...
Comments
Post a Comment