Iam Number 13


Kalau ada yang mengatakan myself memang slow motion bab - bab sebegini, ya memang myself mengakui itu tetapi sekurang - kurangnya myself memantau dalam senyap akan setiap apa yang berlaku di sekeliling... No.13 juga kurang digemari oleh beberapa kaum atas alasan tidak membawa nasib yang baik... Oh, usah ambil serius pasal hal ini...

Myself rasa dulu tiada siapa pun peduli kelibatnya, hanya dikenali oleh penyokong tegar pasukan bola negeri masing - masing. Antara pasukan yang pernah disertai seperti Kelantan, Terengganu dan kini bersama pasukan Pulau Pinang sebagai pemain tengah.

Perlawanan menentang pasukan Pahang untuk perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia 2016 pada 16 Februari 2016 (Selasa) menyaksikan sesuatu yang di luar jangkauan dirinya dan semua pihak yang kerap kali memandang rendah kebolehan pemain bola sepak tempatan negara kita, hanya layak digelar jaguh kampung dan pelbagai spekulasi dilontarkan tetapi dia membuktikannya dengan penuh rasa syukur dan rendah diri dalam sesi temuramahnya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...sememangnya menyebelahi dirinya apatah lagi lelongan dimulakan sebanyak RM 100,000 bagi jersi, seluar, stokin dan but bola yang dikenakan pada malam perlawanan tersebut. Yang pasti, seluruh dunia akan menyebut tentang Mohd Faiz Subri yang berasal dari Kedah, sudah berpunya atau tidak diketahui, cantik manis pasti teruja dapat berada di sampingnya...  Jangan nak merepek, mengarut dan sebagainya kerana dia sangat bahagia di samping keluarga tercinta ya... Dulu tak ramai yang minat nak berhubungan serius dengan atlet sukan, pemain bola sepak tetapi sekarang dah jadi antara calon menantu pilihan... Hehe.. Tercalonkah dia untuk menerima Anugerah Puskas 2016 bagi free kick yang dilakukannya ? Sama - sama kita semua nantikan...

To my beloved once, rajin - rajinkan lah diri untuk praktis free kick ya... Belum tiba masanya lagi untuk bersara... Hehe... caiyok caiyok..

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days