Happiest & Stronger


Nampaknya sejarah mungkin berulang... Hehe... entry post semakin berkurangan... Takda idea? Ada sebenarnya, cuma ada yang dikelaskan sebagai eksklusif, dengan bukannya... Cewah, dah macam selebriti lah pulak.. Eh eh, perasan santan lah tu.. Haha...

Pereka fesyen ternama Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Ruzaini) dan Nurul Hidayati (Deqda) telah selamat disatukan dan majlis resespi yang diadakan pada 14 Februari 2016 lepas memang sangat - sangat meriah dengan tema Bollywood dan semuanya memang look gorgeous dan vogue... Bila pula agaknya giliran Rizman (rakan seangkatan dan sehati sejiwa dalam industri fesyen) mendirikan rumahtangga ? Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Anzalna dan Hanif Zaki akan meraihkan hari bahagia mereka.

Bercerita pasal isu nikah kahwin ini, semakin hari semakin ramai yang bijak meminimumkan kos perbelanjaan dan mengadakan majlis pada hari - hari bekerja bukanlah suatu perkara yang aneh lagi. Selamat menempuh alam rumahtangga yang lebih mencabar dengan pelbagai ranjau, onak dan duri...

Sedikit petikan ucapan Taylor Swift sempena kemenangannya meraih anugerah untuk kategori 'Album Of The Year' di Anugerah Grammy ke - 58 :

“Saya mahu menasihati semua anak muda di luar sana... anda akan bertemu beberapa orang sepanjang kehidupan anda yang bertekad untuk melemahkan kejayaan anda atau mengambil kredit untuk pencapaian anda.

“Tetapi jika anda hanya beri tumpuan kepada kerja dan tidak terganggu dengan kata orang lain, suatu hari nanti apabila anda mencapai kejayaan yang diingini, anda akan sedar bahawa kejayaan itu dicapai hanya dengan usaha sendiri,” kata Taylor.

Berikut merupakan senarai pemenang Grammy tahun ini:

Record of the Year 
Uptown Funk - Mark Roston ft Bruno Mars

Album of the Year
1989 - Taylor Swift

Song of the Year
Thinking Out Loud - Ed Sheeran

Artis Baru Terbaik
Meghan Trainor

Persembahan Pop Solo Terbaik
Thinking Out Loud - Ed Sheeran

Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik
Uptown Funk - Mark Roston ft Bruno Mars

Album Pop Vokal Terbaik
1989 - Taylor Swift

Lagu Rock Terbaik
Don’t Wanna Fight - Alabama Shakes

Album Rock Terbaik
Drone - Muse

Lagu R&B Terbaik
Really Love - D’Angelo & Kendra Foster

Album R&B Terbaik
Black Messiah - D’Angelo and the Vanguard

Lagu Rap Terbaik
Alright - Kendrick Lamar

Album Rap Terbaik
To Pimp A Butterfly - Kendrick Lamar

Untuk senarai penuh, lawati laman rasmi Grammy.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days