Celebration & Reception


Sebelum ini myself menyiapkan entri sepantas laluan ERL tetapi menyepi untuk beberapa hari... Mungkin kerana hari yang ke - 4 ini menjadi blur untuk seketika tanpa sebarang sebab munasabah.. Haha, cuti berakhir pada hari ini dan bekerja selama 3 hari dan kemudian bertemu lagi hujung minggu... Agak-agaknya poket masih menebal atau sudah membajet supaya bertahan hingga dapat gaji seterusnya nanti...

Bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2016 dengan tuah si Fire Monkey, jualan murah di sana sini, rambang mata untuk memilih, kalau poket sentiasa berisi, bayar semua selepas dipilih... Hehe, berpantun bagai lah pulak kita ya...

Ramai selebriti tempatan sudah mendirikan masjid termasuk Akim & Stacy serta pasangan sensasi Shaheizy Sam & Syatilla Melvin (mendapat tajaan RM 25 juta tu...) Persamaan kedua-dua pasangan ini ialah kesabaran mereka menunggu saat disatukan pada hari berbahagia dengan cinta hati masing-masing. Bukan 1 atau 2 tahun kena sabar menanti, menempuh ranjau liku, lebih daripada itu ya... Memang drama sungguh-sungguh...

Begitulah cerita kisah mereka yang dikongsikan melalui pelbagai portal hiburan antaranya BeautifulnaraRotikaya, Ohbulan (dah kurang publish pasal artis, banyak kisah pasal apa yang berlaku di sekeliling kita termasuk tempat melancong, kisah rumahtangga, motivasi dan bla bla bla...) Kalau nak disenaraikan semua portal hiburan, sampai bila pun tak sudah... Hehe...

Dalam kita meraikan, bergembira, usah di lupa kepada mereka yang dilanda musibah ... Bertabahlah kita semua...Everyone is fighting their own battle, to be free from the past, to live in their present, and to create their future... So have heart...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days