Two Years Ago...


Based on previous entry, everybody's already know how,when and bla bla bla this blog was created and there are questions regarding to both of us... Myself ambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan secukup rasa....

Myself tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, mencari pasal dengan orang lain apatah lagi nak menyibuk ke apa..Myself sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua orang akan kebahagiaan, kesejahteraan, kejayaaan dalam kehidupan masing-masing.Yang dah lepas tu,biarkanlah berlalu.

Other than questions above :

1. Bagaimana untuk memulakan perhubungan sebagai kawan dengan mantan (bekas) kekasih?

Pastikan dengan nawaitu yang betul. Kalau nak berkawan, buatlah cara nak berkawan dan usah lah over limit sampai nak berskandal, mendua, mentiga.. Sempat lagi berlawak. Serius sikit... Please be mature not emotional.

Ya,berdoa kepadaNya akan jaga dia untukku selalu tapi diri sendiri pun nak kena jaga hati orang lain walaupun hati sendiri mungkin terguris tetapi percayalah tidaklah terguris kalau diri sendiri sentiasa beringat.... Dalam maksud tu kan.. Hehe...

2. Adakah masih mahu mengekalkan status unknown/anonymous blogger?

Ya. Biarlah entri-entri yang berkata-kata untuk mewakili tuan empunya diri...Hehe..

3. Tahap kesihatan myself yang terkini?

Masih on dan off dan perlu meneruskan rawatan yang telah diaturkan oleh yang berkenaan dalam tempoh 5 tahun dan ke atas. Other than that,pemantauan diet pemakanan dan gaya hidup harian yang lebih teratur.

4. Bidang kerja myself?

Komunikasi dan perhubungan awam. Seriously, need a lot of patience, be a good listener, understanding with empathy, be alert, do observation and bla bla bla.... Hehe...

5. Usia bakal mencecah 34 tidak lama lagi, agak-agaknya bila nak settle down?

Kena tanya orang di sana lah ya... Hehe... Apa-apa pun myself sangat bersyukur dan berterima kasih kepada dia kerana boleh menerima keadaan myself apa adanya... Kalau ada jodoh, adalah....

Hari ini genap sudah dua tahun myself dalam dunia penulisan blog... Bila meneliti semula apa yang perlu melalui entri-entri yang lepas, pelbagai rasa timbul dalam diri. Tidak dinafikan tahun lepas, kurang rancak sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun pertama dahulu.Setakat ini, myself hanya publish entri ikut keperluan dan kelapangan...

Kenangan lama mengusik jiwa, yang tinggal hanya sejarah. Kalau sejarah mungkin berulang, waallahualam... Apa yang berlaku untuk sekarang, akan datang, semestinya yang terbaik, positif dan optimistik...

Kita perlu bagi ruang dan belajar menghormati,memahami dan menerima keputusan, pilihan yang telah dibuat oleh orang lain. Nobody is perfect dan pernah melakukan kesilapan. Apa yang perlu dilakukan, teruskan beristiqamah dengan apa yang diinginkan, berubah dengan rela hati, bukan ada udang di sebalik maggi dan semestinya yang baik-baik belaka.

Thanks a lot kepada yang view blog ini secara langsung mahupun tidak... Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah jua, segala kelemahan dan kekurangan dari diri kita sendiri...

.:: To handle yourself, use your head. To handle others, use your heart.
.:: Love doen't need to be perfect. It just need to be true.
.:: Forget the past that made you cry, and focus on the present that completes your smile because Allah always know the best for you...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days